Thursday, October 1, 2009

Jika anda mempunyai nafsu seks yang luar biasa.. awas

Lelaki dicipta secara semulajadinya untuk suka kepada wanita. Atas sebab itulah institusi perkahwinan yang normal adalah lelaki mengahwini wanita. Bukannya lelaki berkahwin dengan lelaki atau wanita berkahwin dengan wanita.

Tidak dinafikan, seks adalah aspek penting dalam kehidupan rumah tangga. Seorang lelaki yang normal pasti tertarik secara seksual kepada wanita. Itu normal. Namun, jika lelaki itu tertarik secara seksual kepada lelaki lain, maknanya lelaki itu tidak normal.

Dalam konteks ini, nafsu seks lelaki yang berlebihan dan tidak dikawal, pasti mengundang insiden yang tidak diingini.

Cuba baca artikel berita harian online hari ini. Ia mengisahkan seorang kontraktor berusia 53 tahun di Gemas, Negeri Sembilan, yang mempunyai 3 isteri tetapi 3 isterinya itu masih tidak mencukupi untuk memuaskan hawa nafsu serakahnya yang buas.

Sebaliknya lelaki itu menjadikan adik iparnya yang baru berusia 13 tahun sebagai hamba seks sejak 3 tahun lalu.

Setiap kali melakukan perbuatan itu, lelaki terbabit akan menghadiahkan barangan berjenama serta wang kepada adik iparnya, bagi mengabui tindakan tidak beretika dan bermoral itu.

Sepandai pandai menutup mulut tempayan, akhirnya bau nangka pasti dapat dihidu.

Nah, perbuatan lelaki itu akhirnya berjaya dihidu oleh kakaknya pada hari raya kedua lalu, setelah mangsa didesak membuat pengakuan ekoran syak wasangka adiknya itu iaitu si mangsa memiliki telefon bimbit berjenama mahal sedangkan dia masih bersekolah.

Menurut polis, lelaki itu kini menghilangkan diri sebaik menyedari perbuatannya itu dikesan.

Berita penuh adalah seperti di bawah :

Lelaki tiga isteri jadikan ipar hamba seks, diburu.


GEMAS: Polis memburu seorang kontraktor yang mempunyai tiga isteri kerana dipercayai menjadikan adik iparnya berusia 13 tahun sebagai hamba seks sejak tiga tahun lalu.

Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa menawarkan pelbagai hadiah termasuk barangan berjenama dan wang bagi memujuk mangsa mengadakan hubungan seks setiap kali adik isteri ketiganya itu datang ke rumahnya pada cuti persekolahan.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat pengakuan selepas didesak seorang lagi kakaknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Gemas di sini pada hari raya kedua, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa, tetapi enggan mengulas kerana siasatan masih dijalankan.

Difahamkan, pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Jempol itu kali pertama dirogol abang iparnya pada Jun 2006 ketika mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu tidak disedari isteri ketiga lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20-an.

Mangsa dikatakan diberi pelbagai hadiah, termasuk barangan berjenama dan wang bagi merahsiakan perbuatan itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs