Tuesday, November 10, 2009

Umie Aida bernikah Januari 2010 dan gambar sekitar pertunangan Umie Aida 29 Sept 09





















































Seperti diketahui umum, Pelakon jelita Umie Aida telah melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada 29 September 2009 lalu.

Tanpa perlu bercinta lama, Umie Aida, 36 tahun, yang pernah menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia nekad memberi hatinya kepada Khairuddin yang juga merupakan seorang usahawan berjaya.

Berkonsepkan moden dengan tema biru-putih, acara pertunangan tersebut berlangsung penuh gilang gemilang di dupleks mewah hadiah perkahwinannya yang terletak di I-Zen, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Duduk di pelaminan dekorasi hiasan Kem Salleh daripada Kapas, Umie disarungkan set pertunangan berupa cincin, subang dan rantai berloket bentuk hati oleh bakal ibu mertuanya, Balkish Ahmad, 70, sambil disaksikan kira-kira 200 tetamu termasuk dua anak Khairuddin iaitu Mohd Shafiq, 19 dan Mohd Shahir, 16.

Rakan artis yang hadir pula antaranya Sofia Jane, Deja Moss, Nur Aliah Lee, Linda Onn, Rebecca Nur Al-Islam dan Noryn Aziz.

Teman baiknya Erra Fazira dan Zahida Rafik menjadi pengapit Umie yang dipimpin oleh ibunya Asmah Mohd. Ali, 61 menuruni tangga untuk upacara menyarung cincin sambil diiringi alunan muzik daripada trio Jali Jali.

Erma Fatima membawa dulang hantaran manakala adiknya Betty serta rakan baiknya, aktres Nora Danish dan Lisa Surihani sebagai pengiring bersama anak-anak Umie, Mohd. Daniel Firdaus, 16, dan Mohd. Dzulhelmy, 15 serta tiga anak teruna Erma.

Memilih merah jambu samar sebagai tema sebelah perempuan, pihak lelaki dari Bukit Mertajam, Pulai Pinang pula hadir segak dan cantik dengan rona kelabu.

Tiga dulang hantaran diserahkan kepada pihak perempuan iaitu tepak sirih, satu set perhiasan sebagai tanda serta coklat.

Sementara pihak perempuan pula membalas lima dulang hantaran meliputi tepak sirih, strawberi, kurma, biskut serta kek.

"Alhamdulillah... Segala persiapan dan perancangan yang dilakukan sepanjang Ramadan lalu berjalan lancar.

"Ini adalah satu berita gembira yang ingin saya kongsi bersama semua - keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan para peminat," tambahnya.

Bakal menjadi orang bergelar, Umie Aida, tidak menganggap status itu satu kepentingan, jauh sekali yang didambakan.

Menjadi orang biasa adalah keinginannya namun menjadi adat, kalau sudah bergelar haruslah menghormatinya.

"Tapi saya tetap saya dan tidak mahu dipanggil dengan sebarang gelaran," kata Umie yang turut meminta agar tidak memberikan panggilan atau gelaran seperti datuk jutawan, abang K dan sebagainya seperti yang banyak ditulis selama ini.

Malah pelakon berbakat itu juga menegaskan memilih Khairuddin bukan kerana pangkat dan wang ringgit tetapi hati budi dan pekerti mulia yang dipandang.

"Ya, dia jodoh terbaik saya," kata Umie yang pernah beberapa kali kecundang dalam percintaan.

Semoga bahagia sehingga ke anak cucu Umie Aida dan Datuk...!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs