Sunday, January 3, 2010

Diserbu polis di kelab malam - Scha dan Awal Ashaari, sudah serik


Scha & Awal sudah serik


Pendapat saya : Bukanlah menjadi satu kesalahan sekiranya berlaku peristiwa sepertimana dialami Scha dan Awal. Operasi Polis ini dilakukan secara rutin, macam juga Ops Trafik. Sudah pasti kita semua pernah ditahan polis Trafik atau JPJ dan diminta menunjukkan lesen memandu dan kad pengenalan, selepas semuanya Okay, kita dibenarkan meneruskan perjalanan. Bukan salah kan?? Begitu juga Scha dan Awal, selepas pemeriksaan air kencing menunjukkan mereka tidak menggunakan dadah, maka mereka dibebaskan, itu sahaja, end of story... Apa nak dibesar besarkan, Hanya kebetulan mereka berada di tempat itu bila polis melakukan pemeriksaan... Polis hanya menangkap mereka yang positif dadah dan juga yang melakukan kesalahan2 lain... Betul Tak??? So nasihat saya kepada Scha dan Awal - perkara itu tidak menjadi kesalahan, anda bukannya ditahan, sebaliknya hanya menjalani pemeriksaan rutin.

Perkara ini seperti juga membenteras jenayah di tempat awam, ataupun menangkap Pendatang Tanpa Izin oleh pihak berkuasa. Serbuan dilakukan ke atas satu penempatan dan semua penghuninya diperiksa. Mereka yang ada dokumen perjalanan, tidak ditangkap, manakala hanya mereka yang tiada dokumen akan ditangkap, betul atau tidak?? Betul...

Berikut dibawah petikan berita Scha dan Awal Ashaari tu (sumber utusan online):


PERISTIWA diserbu pihak polis di sebuah kelab hiburan di Bukit Bintang pada malam Krismas lalu merupakan kejadian hitam yang tidak akan dilupakan bagi pengacara Awal Ashaari, 29, dan Scha Al-Yahya, 27, selama pembabitan mereka dalam dunia seni.

Selama ini mereka cuba menjaga nama baik, reputasi dan kredibilitinya sebagai seorang selebriti. Tetapi sayang, hasrat untuk memastikan nama bersih itu tidak terlaksana gara-gara peristiwa hitam itu.

Pada malam menjelang perayaan Krismas tersebut Awal dan Scha ditahan bagi menjalani pemeriksaan air kencing. Bagaimanapun ujian air kencing itu menunjukkan keputusan negatif iaitu dalam erti kata lain mereka bebas mengambil dadah.

Walaupun keputusan terhadap ujian itu menyelamatkan dua nama yang dikaitkan sedang bercinta ini namun ia sebenarnya telah memberi implikasi besar dalam hidup mereka. Kedua-dua mereka menafikan mabuk dan mengambil dadah.

Scha yang melihat ia pengalaman pertamanya sudah serik dengan kejadian itu kerana ia benar-benar memberi tekanan dalam hidupnya.

“Sebelum ini sudah macam-macam dugaan melanda dalam diri saya. Dan kali ini dengan ujian seperti diserbu polis pula,” katanya.

Pelakon Awan Dania itu tidak menyangka hasrat untuk menemani kawannya yang datang dari Australia di kelab berkenaan berakhir dengan peristiwa hitam.

Scha tidak menyangka Awal turut menerima nasib serupa selepas dia mengajak teman artisnya itu menemani mereka di kelab berkenaan. Kata Scha, dia tidak takut sewaktu pemeriksaan dilakukan pihak polis kerana tidak melakukan kesalahan atau mengambil dadah.

Sebaliknya Scha memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa ketika pemeriksaan air kencing dilakukan. Bagi Awal dia tidak mahu berbohong sebaliknya mengakui kejadian itu satu peristiwa hitam ketika tahun 2009 hendak menutup tirainya.

Ujar Awal, dia cuma terkejut bagaimana masyarakat mudah menghukum seseorang artis sedangkan mereka tidak bersalah? Malah lebih menyedihkan ada pula cakap-cakap belakang dan andaian tidak berasas terutama yang ditulis oleh penulis-penulis blog.

“Ada yang bertanya kenapa saya dibawa ke balai polis? Kenapa tidak menjalani ujian air kencing semasa diminta polis di kelab berkenaan?

“Jawapannya mudah saja, saya yang minta kebenaran daripada pegawai polis untuk menjalani ujian air kencing di pejabat mereka.

“Bukannya apa, semasa di dalam kelab itu, terlalu ramai orang dan jurugambar akhbar. Takkan saya nak buka zip seluar di depan orang ramai. Saya malu takut nanti ada gambar-gambar lain yang tak sepatutnya dirakamkan oleh jurugambar,” kata Awal.

Penjelasan Awal itu ada kebenarannya kerana sebagai seorang selebriti, tentu sahaja dia akan menjadi perhatian berbanding pengunjung lain di kelab itu. Terkilan dituduh kaki kelab kerana dia bukannya setiap malam “bersidai” di pusat-pusat hiburan.

Sebaliknya kata Awal, pada malam itu dia sekadar menemani Scha sahaja tanpa mengetahui pusat hiburan itu akan diserbu oleh polis.

Kata Awal, dia kecewa kerana kejadian itu ada pihak yang cuba menindas dia dengan mencari jalan untuk menutup periuk nasinya di dalam dunia seni.

Malah gara-gara kes itu ada beberapa projek yang tidak dapat diteruskan atas alasan mereka bimbang imej Awal yang tercemar itu akan memberi kesan buruk kepada orang lain.

“Kalau terbukti saya ni positif dadah, saya tak kisah orang nak ketepikan saya. Tapi sedihnya selepas saya dibebaskan, ada beberapa pihak yang menyekat peluang saya dalam dunia seni,” katanya.

Tambah Awal lagi, dia bagaimana pun bersyukur kerana stesen-stesen televisyen di negara ini tidak mengharamkan kemunculannya sebaliknya memberi ruang kepada dia menyertai beberapa program yang telah dirancangkan.

Bagaimanapun kata Awal, kejadian itu memberi kesedaran kepadanya agar lebih berhati-hati selain memastikan kehadiran tahun 2010 akan memberi lembaran baru dalam kehidupannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs