Wednesday, March 10, 2010

Dua beradik dari Ranau, Sabah berjaya ke Akademi Fantasia Musim ke 8





Buat pertama kalinya, dua beradik berjaya bergelar finalis program realiti TV popular di Malaysia, Akademi Fantasia, AF, terbitan Astro.

Dua beradik itu berasal dari Ranau, Sabah.

Ranau terletak kira kira 1 jam perjalanan dari Kota Kinabalu dan turut dikenali dengan Gunung Kinabalu dan Kolam Air Panas, Poring serta Lombong Tembaga Mamut, lombong terbesar di Malaysia.

Siti Adira dan Erma Suhaimi adalah antara 12 peserta yang terpilih selepas menjalani uji bakat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Januari lalu.

Pengetua AF8, Norman Abdul Halim berkata, ini adalah kali pertama pasangan adik-beradik berjaya menembusi program realiti paling popular terbitan Astro Ria itu.

Saya dapat tahu, ketika sesi uji bakat, si kakak iaitu Ema datang bersama adiknya. Pada sesi uji bakat itu juga dia mengatakan, jika pihak kami terpaksa memilih seorang daripada mereka, dia lebih rela jika adiknya yang terpilih.

“Namun, selepas uji bakat dijalankan, kedua-duanya mempunyai vokal yang bagus serta karakter tersendiri yang boleh dijadikan sebuah cerita menarik,” katanya pada sidang media pengumuman senarai pelajar AF8 yang berlangsung di sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway, di sini, petang semalam.

Pengumuman 12 peserta itu dilakukan oleh pengacara AF8, Jimmy Shanley.

Bilangan peserta dari Sabah dalam AF8 adalah 4 orang, semuanya gadis ayu.

Peserta dari Sarawak pula, 2 orang, menjadikan separuh daripada 12 peserta AF8 berasal dari Malaysia Timur... Hmmm ini barulah dinamakan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Untuk rekod, Juara AF Musim ke 6 juga berasal dari Sabah iaitu Stacy dari Penampang.

Stacy kini sudah popular dan mendapat undangan show di merata tempat di Malaysia.

Dulunya Stacy menyanyi di pusat hiburan di sekitar Kota Kinabalud dan Penampang bersama kumpulan Rimba.

Apa sudah jadi dengan Linda Nanuwil - naib juara AF2 dan Felix Agus naib juara AF3?

Di bawah adalah senarai nama pelajar AF8. Apa lagi Afundi lah!!

1. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 tahun, Sabah
2. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 tahun, Sabah
3. Erma Suhaimi atau Erma, 21 tahun, Sabah (kakak kepada Adira)
4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 tahun, Sabah (adik kepada Erma)
5. Zafarina Jamhari atau Farina, 28 tahun, Sarawak
6. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 tahun, Sarawak
7. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 tahun, Selangor
8. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 tahun, Selangor
9. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 tahun, Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 tahun, Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 tahun, Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 tahun, Johor

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs