Tuesday, June 8, 2010

Fakta Menarik Piala Dunia



Fakta Menarik Piala Dunia

1. Piala Dunia 2010 adalah yang kali pertama dianjurkan di benua Afrika iaitu di Afrika Selatan.

2. Piala Dunia 2002 adalah yang kali pertama dianjurkan di benua Asia – dihoskan bersama Jepun dan Korea Selatan.

3. Ada Negara yang begitu bertuah menjadi hos Sukan Olimpik dan Bolasepak Piala Dunia berturut turut. Antaranya Mexico yang menjadi tuan rumah sukan Olimpik 1968, 2 tahun kemudian Mexico menjadi hos Piala Dunia 1970!! Hebat bukan!! Begitu juga Jerman Barat hos sukan Olimpik 1972 dan Piala Dunia 1974 (lebih manis Jerman menjuarai Piala Dunia 1974 di tanah air sendiri). Amerika Syarikat pula menjadi hos Piala Dunia 1994, 2 tahun kemudian negara itu menjadi hos sukan Olimpik 1996. Bagaimana kalau Malaysia dipilih menjadi tuan rumah temasya itu 2 tahun berturut turut???...

4. Piala Dunia sentiasa dikenang dengan perlawanan yang menjaringkan 8 gol atau lebih. Pada Piala Dunia 1982, Hungary membelasah El Salvador 10-1. Pada Piala Dunia 1966, Portugal menewaskan Korea Utara 5-3. Korea Utara mendahului 3-0 pada separuh masa pertama sebelum amukan pemain lagenda Portugal, Eusebio yang menjaringkan 4 gol pada separuh masa kedua membantu Portugal menang besar 5-3. Pada Piala Dunia 2002, Jerman membenam Arab Saudi 8-0

5. Bolasepak bukan sukan no. 1 di Afrika Selatan yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010. Sebaliknya Rugbi adalah sukan nombor 1 di Negara itu. Skuad rugby Afrika Selatan dikenali Springboks adalah juara ragbi dunia 2 kali pada 1995 dan 2007.

6. Kadar jenayah yang tinggi antara yang dibimbangi penganjur Piala Dunia 2010, Afrika Selatan. Negara itu mencatat purata 50 kes pembunuhan sehari. Namun tuan rumah sudah menambah ribuan anggota pasukan keselamatan s erta pengawal keselamatan persendirian bagi kejohanan paling berprestij itu.

7. Brazil Negara paling banyak memenangi Piala Dunia iaitu sebanyak 5 kali pada 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Kemenangan Brazil dibantu banyak pemain lagenda dan bintang seperti Pele, Jairzinho, Garrincha, Didi, Vava, Roberto Rivelino (pada 1958 hingga 1970) serta Romario dan Bebeto pada 1994 dan Ronaldo, Rivaldo, Ronaldinho dan Roberto Carlos pada 2002. Brazil juga berjaya ke final 2 kali pada 1950 dan 1998 namun tewas kepada lawan masing masing iaitu 1-2 kepada Uruguay pada 1950 dan 0-3 kepada Perancis pada 1998. Brazil mencatat sejarah apabila berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Dunia sebanyak 3 berturut turut pada 1994, 1998 dan 2002.

8. Jerman antara pasukan terkuat Piala Dunia selain Brazil. Jerman layak ke final sebanyak 7 kali (sama dengan Brazil) dan menjuarainya sebanyak 3 kali pada 1954, 1974 dan 1990 serta 4 kali menjadi naib juara. 3 kali mendapat tempat ketiga termasuk pada 2006 dan sekali mendapat tempat keempat. Jerman mencatat sejarah apabila layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 3 kali berturut turut pada 1982, 1986 dan 1990.

9. Perlawanan akhir Piala Dunia 1990 adalah ulangan perlawanan akhir Piala Dunia 1986. Final 1990 menemukan Jerman dan Argentina, perlawanan itu dimenangi Jerman dengan keputusan 1-0, hasil jaringan penalty Andreas Brehme. Pada 1986, Argentina diketuai Diego Armando Maradona menewaskan Jerman (ketika itu dikenali Jerman Barat) 3-2.

10. Belanda layak ke final Piala Dunia 2 kali beturut turut pada 1974 dan 1978 namun kecundang masing masing kepada Jerman Barat dan Argentina.

11. Itali menjuarai Piala Dunia sebanyak 4 kali dibelakang Brazil iaitu 5 kali. Itali memenangi Piala Dunia pada 1934, 1938, 1982 dan 2006. The Azzuris juga naib juara 2 kali pada 1970 dan 1994.

12. Secara keseluruhannya hanya 7 negara yang pernah menjuarai Piala Dunia sejak 19 kejohanan lalu sejak 1930 iaitu Brazil, Itali, Jerman, Argentina, Uruguay, Perancis dan England.

13. Piala Dunia tidak dianjurkan selepas kejohanan 1938 hingga 1950 akibat perang Dunia ke 2. Bermakna tiada Piala Dunia pada 1942 dan 1946.

14. 9 tahun selepas teruk dibom dalam perang dunia ke 2 pada 1945, Jerman bangkit semula untuk muncul juara Piala Dunia 1954.

15. Pasukan kerdil sering mencetuskan kejutan setiap kali Piala Dunia – antaranya kemenangan Cameroon 1-0 ke atas juara bertahan Argentina pada Piala Dunia 1990, kemenangan Senegal 1-0 ke atas juara bertahan France pada Piala Dunia 2002 serta kejutan Algeria 2-1 ke atas Jerman Barat pada 1982.

16. Pemain paling tua yang pernah menjaringkan gol pada Piala Dunia ialah penyerang Cameroun, Roger Milla yang berusia 42 tahun ketika menjaringkan gol tunggal Cameroun ketika tewas 1-6 kepada Russia pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat.

17. Norman Whiteside menjadi pemain termuda beraksi dalam Piala Dunia apabila turun mewakili Ireland Utara ketika berusia 17 tahun dan 41 hari menentang Yugoslavia pada Piala Dunia 1982 di Sepanyol. Rekod sebelum ini dipegang Pele yang mewakili Brazil pada Piala Dunia 1958 menentang USSR pada usia 17 tahun 230 lebih hari.

18. Pencapaian terbaik pasukan Asia dalam Piala Dunia ialah tempat keempat pada 2002 apabila Korea Selatan mengejutkan semua pihak dengan menewaskan Portugal, Itali dan Sepanyol untuk layak ke separuh akhir. Namun Korea Selatan tewas 0-1 kepada Jerman pada separuh akhir sebelum tewas 2-3 kepada Turki pada penentuan tempat ke 3 dan ke 4.

19. Pencapaian terbaik Afrika dalam Piala Dunia ialah suku akhir oleh Cameroon pada Piala Dunia 1990 di Itali dan suku akhir pada Piala Dunia 2002 di Korea/Jepun oleh Senegal.

20. Pasukan paling lama belum memenangi Piala Dunia sejak kali terakhir memenanginya ialah Uruguay. Pasukan itu juara piala Dunia 1950 menewaskan Brazil 2-1 di stadium Maracana, Brazil. Namun setelah 60 tahun, Uruguay gagal menjulang semula tropi keramat itu.

21. Penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia ialah Ronaldo dari Brazil dengan jumlah 15 gol yang dijaringkan dalam 3 Piala Dunia iaitu 1998 (naib juara), 2002 (juara) dan 2006 (suku akhir). Seorang lagi pemain lagenda Brazil – Pele ditempat ke4 dengan 12 gol dalam 4 Piala Dunia (1958, 1962, 1966 dan 1970). Pada Piala Dunia 1958, penyerang Perancis, Just Fontaine, menjaringkan rekod 13 gol, namun itu masih belum dapat membantu Perancis menjulang Piala Dunia yang dimenangi Brazil.
Senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia
15 Ronaldo (Brazil)
14 Gerd Muller "Der Bomber" (Germany)
13 Just Fontaine (France)
12 Pele (Brazil)
11 Juergen Klinsmann (Germany)
11 Sandor Kocsis (Hungary)
10 Gabriel Batistuta (Argentina)
10 Teofilio Cubillas (Peru)
10 Grzegorz Lato (Poland)
10 Gary Lineker (England)
10 Helmut Rahn (Germany)

22. Mengikut satu pusingan unik sejak 48 tahun lalu yakni bermula pada 1962, Pasukan Eropah dan Amerika Selatan silih berganti memenangi Piala Dunia. Jika corak pusingan itu benar dan masih berterusan, juara Piala Dunia tahun 2010 pastinya milik pasukan dari Amerika Selatan.

Lihat carta ini :

Tahun Juara Benua

1962 Brazil Amerika Selatan
1966 England Eropah
1970 Brazil Amerika Selatan
1974 Jerman Barat Eropah
1978 Argentina Amerika Selatan
1982 Itali Eropah
1986 Argentina Amerika Selatan
1990 Jerman Eropah
1994 Brazil Amerika Selatan
1998 Perancis Eropah
2002 Brazil Amerika Selatan
2006 Itali Eropah
2010 ??? Amerika Selatan
2014 ??? Eropah
2018 ??? Amerika Selatan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs