Thursday, July 8, 2010

Mario Ferri mengacau masuk padang masa Jerman lawan Spain, Separuh Akhir Piala Dunia 2010












Kerana sering mengacau dengan memasuki padang bolasepak ketika perlawanan domestik dan antarabangsa sedang berlangsung, seorang lelaki dikenali Mario Ferri diberi gelaran "Il Falco" oleh media Itali.

Mario Ferri gemar sangat masuk padang dan menggangu perlawanan bolasepak dengan memakai Baju Superman.

Dia berkebolehan menerobosi kawalan keselamatan stadium.

Pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2010 antara Jerman dan Sepanyol, pada petang 7 Julai 2010 di Durban, Afrika Selatan, Mario Ferri sekali lagi mengacau perlawanan yang disaksikan ratusan juta penonton seluruh dunia itu.

Gelagatnya di minit ke 3, sambil membawa Vuvuzela dan dikejar 2 pegawai keselamatan, menyebabkan perlawanan terhenti seketika.

Ketika itu bola Jabulani berada di kawasan Jerman.

Entah bagaimana dia boleh masuk ke padang yang sepatutnya dikawal ketat pihak keselamatan Afrika Selatan.

Syukur Mario hanya membawa Vuvuzela. Bagaimana jika yang masuk padang itu pengganas yang membawa bom atau sub machine gun atau raifal AK 47??

Apapun Mario Ferri sudah sering kali membuat gelagat itu dan sudah disenarai hitam di beberapa Liga Utama di bandar utama di Eropah.

Anehnya, dia masih gagal diawasi ketika menjejakkan kaki ke negara tuan rumah Piala Dunia 2010, Afrika Selatan.

Salah FIFA kah atau silap Interpol??

Jerman tewas perlawanan itu 0-1 hasil jaringan tunggal tonggak pertahanan Sepanyol, Carles Puyol di minit ke 73, bagi memberikan penampilan bersejarah final buat kali pertama Sepanyol dalam sejarah Piala Dunia.

Sepanyol bertemu Belanda pada final Piala Dunia 2010 di Soccer City, Johannesburg pada 11 July ini.

Kedua dua pasukan belum pernah muncul juara Piala Dunia, namun Belanda pernah mengecap 2 kali aksi di final pada 1974 (tewas kepada Jerman Barat 1-2) dan 1978 (tewas kepada Argentina 1-3).



Ini pula insiden Mario Ferri masuk padang ketika perlawanan Liga Itali baru baru ini. Anda lihat dia peminat setia pemain antarabangsa Itali, Antonio Cassano..!!

Dia juga pernah melakukan aksi serupa ketika perlawanan persahabatan Belanda menentang Itali November 2009, Ferri memakai baju membantah mengapa Antonio Cassano tidak dimasukkan dalam skuad Itali ke Afrika Selatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs