Tuesday, September 7, 2010

TV3 mohon maaf atas penyiaran iklan Hari Raya 2010

Stesen penyiaran nombor satu negara, TV3 baru baru ini dilaporkan memohon maaf di atas penyiaran sebuah iklan Hari Raya Aidil Fitri 2010 yang dikatakan menimbulkan kontroversi.

Iklan terbabit disiarkan sejak awal September 2010 untuk memeriahkan sambutan Aidil Fitri. Sebenarnya, setiap tahun TV3 dan juga stesen TV lain serta juga syarikat korporat terkemuka negara seperti Petronas, Proton, Telekom, Penerbangan Malaysia dan juga syarikat lain, sentiasa menyiarkan iklan Hari Raya terbaru untuk penonton dan pelanggan dan juga orang ramai, sejak tahun 1980an lagi.

Namun kali ini, iklan TV3 itu dilaporkan menimbulkan kontroversi. Mengapa? Ada menyatakan iklan terbabit seolah olah menyerupai iklan perayaan Krismas - khususnya babak kanak kanak menaiki beca yang dipandu seornag warga emas bersongkok yang boleh terbang ke udara. Hmmm... anda nilailah sendiri.

Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, isu melibatkan kaum dan agama sememangnya agak sensitif. Apatah lagi kebelakangan ini ada juga pihak yang menyiarkan video dalam YouTube yang dilaporkan bersifat perkauman khususnya kes melibatkan seorang pemuda dari Johor - Wee Meng Chee atau lebih dikenali Namwee.

Namwee sudah disiasat Polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media mengenai videonya bertajuk "Nah" yang dilaporkan sebagai menanda kan rasa tidak puas hatinya ekoran insiden seorang Guru Besar meluahkan kenyataan bersifat perkauman di Johor.

Berbalik kepada iklan TV3 tu, inikah iklan dimaksudkan.


Inilah iklan Hari Raya Aidil Fitri 2010 di TV3 yang menimbulkan kontroversi itu.



Dan ini pula permohonan maaf TV3 yang disiarkan Buletin Utama.


TV3 sebenarnya sudah banyak kali menyiarkan iklan perayaan utama di negara ini, namun tujuannya murni - untuk perpaduan dan keharmonian kaum masyarakat majmuk di Malaysia.

Iklan itu bukan sahaja ketika Aidil Fitri, malahan juga Krismas, Deepavali dan juga Tahun Baru Cina atau Kong Hee Fatt Choy serta juga sempena Ulang tahun kemerdekaan negara yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun.

Begitu juga iklan khas jika Hari Raya dan Tahun Baru Cina kebetulan jatuh pada hari yang hampir sama dikenali Kongsi Raya.

Di bawah beberapa iklan menarik yang pernah disiarkan TV3.




















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs