Friday, November 12, 2010

Shamrin - vokalis kumpulan Fotograf dalam kenangan

Peminat rock tanah air pada 1990an pasti pernah mendengar lagu ini - Di Alam Fana Cintamu, persembahan kumpulan Fotograf.

Lagu ini pernah muncul juara kategori Rock pada Juara Lagu 1992 siaran TV3.

Vokalisnya - Shamrin.



Namun Shamrin telah meninggalkan kita pada petang 11 November 2010, bersamaan hari Khamis.

Berikut petikan laporan Berita Harian bertarikh 11 November 2010.

Penyanyi utama kumpulan Fotograf meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad, 43, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak dalam satu perlawanan persahabatan di padang Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Menurut rakan baiknya yang juga penyanyi kumpulan Bumiputera Rockers, Johari Mat Rozekhi atau Joey, Shamrin sempat memaklumkan badannya kejang ketika kejadian itu berlaku.

“Kami terus mengangkatnya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital, tetapi pada masa itu, wajahnya sudah kebiruan," kata Joey yang turut menyertai perlawanan antara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs