Tuesday, December 7, 2010

Pelakon Malaysia - Michelle Yeoh berlakon sebagai pejuang ikon demokrasi Myanmar - Aung San Suu Kyi



Aung San Suu Kyi - pejuang ikon demokrasi Myanmar yang dikenali di seluruh dunia. Pada 1988, Suu Kyi menjadi pemimpin demokrasi Myanmar sebagai setiausaha Agung National League for Democracy, NLD. Akibat pengaruhnya yang amat besar, junta tentera Myanmar mengambil keputusan memerintahkannya menjalani tahanan rumah sebanyak 2 kali.

Kali Pertama selama 6 tahun pada 1989 hingga 1995 dan sekali lagi selama 7 tahun mulai 2003 hingga 2010 oleh junta tentera Myanmar. Pernah memenangi Hadiah Nobel bagi keamanan sejagat pada 1991.





Datuk Michelle Yeoh, pernah muncul Ratu Malaysia pada 1983. Yeoh menjadi aktres wanita pertama Malaysia muncul dalam filem James Bond "Tomorrow Never Dies" pada 1997 bersama James Bond - Pierce Brosnan. Antara filem hebat lakonannya selain filem Bond ialah Crouching Tiger, Hidden Dragon arahan Ang Lee pada 2000. Filem itu memenangi 40 anugerah termasuk Filem Asing terbaik pada Academy Award.



Malaysia memang hebat dan boleh.

Dalam ramai ramai pelakon antarabangsa termasuk Hollywood, Bollywood dan Hong Kong, pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia dari Perak, Datuk Michelle Yeoh, terpilih sebagai pelakon utama dalam sebuah filem terbaru mengisahkan pejuang ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.


Isnin lalu 6 Disember 2010, Michelle ke Myanmar untuk bertemu Suu Kyi - penerima anugerah Nobel keamanan itu sebagai sebahagian penyelidikan watak yang bakal dilakonkannya nanti, dalam erti kata lain, bagi membolehkan Michelle menjiwai watak Suu Kyi dengan lebih berkesan.

Bekas gadis James Bond itu menghabiskan masa seharian bersama Suu Kyi, isnin lalu, 6 Disember 2010.

Selasa 7 Disember, satu lagi pertemuan diatur di ruang menunggu lapangan terbang Yangon ketika Aung San Suu Kyi menghantar anak bongsunya, Kim Aris untuk pulang ke England.

Kim sebelum itu menemui ibunya di Yangon setelah 7 tahun tidak dapat berbuat demikian kerana Suu Kyi dikenakan perintah tahanan rumah oleh junta tentera Myanmar.

Filem mengisahkan perjuangan demokrasi Aung San Suu Kyi itu diarahkan pengarah Perancis, Luc Besson.

Filem menceritakan liku liku perjalanan hidup dan perjuangan ikon demokrasi Myamnar dan simbol keamanan dunia sejagat itu.

Lokasi penggambaran dijangka dijalankan di Bangkok, Thailand, termasuk Muang Thong Thani dan Khlong Song di Pathum Thani.

Syabas Michelle.. Hidup Aung Sann...

Berikut dibawah adalah video 2 filem hebat lakonan Michelle Yeoh sebagai Gadis Bond dalam filem "Tommorrow Never Dies" pada 1997 dan sebagai pahlawan wanita bernama Yu Shu Lien dalam filem klasik "Crouching Tiger, Hidden Dragon" pada tahun 2000.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs