Tuesday, February 8, 2011

The Afghan Girl - wanita memukau National Geographic



Gambar ikonik ini dirakamkan Steve Mc Curry pada 1984 di sebuah kem pelarian rakyat Afghanistan di Pakistan.

Gambar ini kemudiannya disiarkan majalah National Geographic pada Jun 1985 dan mengejutkan dunia khususnya kerana mata gadis itu yang begitu memukau di tengah tengah krisis peperangan dan pelarian di Afghanistan.

Tajuk Gambar ini "The Afghan Girl" dan selama 17 tahun selepas itu, tiada sesiapa yang mengetahui nama wanita itu.

National Gegraphics dan Steve Mc Curry akhirnya melakukan inisiatif untuk menjejaki semula wanita ikonik itu.

Pencarian di pergunungan Tora Bora, Afghanistan pada 2002 akhirnya berjaya menemui wanita itu. Namanya Sharbat Gula, keturunan Pashtun.



Video di atas menunjukkan pencarian The Afghan Girl oleh krew National Geographics dibantu Steve Mc Curry.












Dan akhirnya ketemu juga!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs