Wednesday, February 9, 2011

Yang DiPertuan Agong menaiki pesawat pejuang Sukhoi SU-30 MKM



Pada 8 Februari 2011, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menaiki pesawat Sukhoi SU-30 MKM tentera udara di raja Malaysia, TUDM sempena lawatan Baginda ke kompleks TUDM Butterworth, Pulau Pinang.

Pesawat itu yang mampu terbang dengan kelajuan 2 kali ganda kelajuan bunyi, atau Mach 2 bersamaan 2,000 km sejam, kemudiannya diterbangkan dengan kelajuan supersonik ke sekitar Kedah dan Langkawi sebelum kembali ke pengkalan TUDM Butterworth dalam masa 45 minit.

Juuterbang Sukhoi SU 30 MKM itu ialah Leftenant-Kolonel Mohd Asghar Khan Gauriman Khan.

Sepanjang penerbangan di raja itu, sebuah jet pejuang FA/18D Hornet buatan Amerika Syarikat, menjadi pesawat pengiring.

Pesawat jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM buatan Russia adalah antara jet pejuang paling canggih di dunia, setanding dengan jet pejuang Super Hornet buatan USA, Mirage buatan Perancis dan Harrier buatan United Kingdom.









Harga pasaran sebuah Sukhoi SU-30 MKM kira kira USD34 juta dollar bersamaan RM100 juta ringgit.

Juruterbang pesawat Sukhoi perlu benar benar terlatih dan kebiasaannya berpangkat Leftenan Kolonel barulah layak menerbangkan Sukhoi yang juga dikenali sebagai Flanker.


Demonstrasi pesawat Sukhoi buatan Russia.

Jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM mempunyai 2 enjin dan 2 tempat duduk, dibuat oleh Sukhoi Aviation Corporation, Russia, sesuai untuk peperangan dalam apa juga cuaca dan keadaan dan boleh melancarkan persenjataan udara ke darat (air to surface) serta udara ke udara (air to air).

Ia boleh mencapai kelajuan maksimum Mach 2 atau 2,120 km sejam bersamaan 1,320 batu sejam.

Jet ini boleh terbang secara vertikal dan boleh mendaki ketinggian 230 meter dalam masa 1 saat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs