Wednesday, March 2, 2011

Program realiti muzik Malaysia perlu lebih ketat dengan tapisan


Inilah Lagu hebat kumpulan Ekamatra "Sentuhan Kecundang" yang popular suatu ketika dulu pada akhir 1980an hingga 1990-an di Malaysia.

Dengar dan nikmati suara lunak penyanyinya Rahmat.


Ini pula dendangan lagu sama oleh seorang peserta program realiti Akademi Fantasia, terbitan Astro. Di akhir persembahan itu, pengkritik tetap Adlin Aman Ramlie berkata "Saya sebenarnya saya tak berapa pasti, telinga saya ke atau awak nyanyi sumbang!!!"

Permulaan saja sudah sumbang, maka Lagu Sentuhan Kecundang itu membawa kepada kecundangan penyanyinya yang hanya dikenali sekejap, selepas itu dilupakan terus.

Bukan mahu mempersoalkan suara dan vokalnya yang sumbang, namun panel pemilihan peserta Akademi Fantasia menerusi ujibakat ke atas ribuan peserta, pun nampaknya sumbang di mata dan sumbang di hati.

Mengapa dari kalangan ribuan yang menghadiri ujibakat, mamat tu juga yang suaranya sumbang dipilih??

Sudah tidak adakah lagi penyanyi hebat di Malaysia ini sehingga Astro terpaksa memilih peserta itu???


Ramai lagi peserta termasuk kanak kanak berusia 10 tahun dari Kanada ini, Maria Aragon yang boleh menyanyi 30 kali ganda lebih baik daripada persembahan peserta Akademi Fantasia di atas.

Di harap Astro lebih berhati hati memilih peserta rancangan realiti di masa depan demi kelangsungan kredibiliti, imej, populariti dan jangka hayat program itu.

Bukan sahaja untuk program Akademi Fantasia yang dulunya meletoppp tapi sekarang agak suam suam kuku popularitinya, namun program realiti lain di Malaysia seperti Mentor, Malaysian Idol, One in a Million dan sebagainya.

Hidup industri hiburan dan TV di Malaysia..


Kalau menyanyi seperti ini... Okay... i likeee



Ini pun okayyy



Ahh yang ini pun Okayyy


Ini pun memang hebatt... go Farah AF2 atau Farah Diana Anuar, finalist Akademi Fantasia musim ke 2 pada 2004.. Goo Farah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs