Monday, May 2, 2011

Pesta Kaamatan diraikan setiap Mei di Sabah...











Setiap Mei, masyarakat Kadazan-Dusun-Murut di sabah merayakan Pesta Kaamatan.



Perayaan itu sebagai tanda kesyukuran hasil tuaian padi sambil mengharapkan hasil tuaian lebih baik pada musim menanam padi akan datang.

Sambutan Pesta Kaamatan juga, satu program dalam kalendar pelancongan Sabah kerana keunikan dan kemeriahan Kaamatan pasti menarik pelancong dalam dan luar negara.

Tahun 2011 ini, daerah Tamparuli diberi penghormatan sebagai tuan rumah, pelancaran pesta Kaamatan tahun ini.

Tema sambutan – fahaman terhadap kebudayaan, langkah bijak ke hadapan”.

Dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.



Turut hadir, Presiden persatuan kebudayaan Kadazan-Dusun, KDCA merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Dan bermula 1 Mei, pesta Kaamatan disambut selama sebulan di seluruh daerah di Sabah sehingga 31 Mei.



Antara acara menarik setiap kali pesta Kaamatan adalah Magavau atau menghormati semangat padi, dilakukan sekumpulan wanita warga emas dikenali Bobohizan atay Bobolian.



Pertandingan ratu cantik tradisional atau Unduk Ngadau juga antara acara paling dinanti nantikan.





Begitu juga persembahan tarian tradisional pelbagai masyarakat etnik Sabah.

Kini pesta Kaamatan tersenarai antara acara utama kalendar pelancongan sabah kerana keupayaannya menarik minat pelancong dalam dan luar negara.

Selain pelancongan, pesta Kaamatan juga melambangkan perpaduan kaum yang terikat erat di Sabah yang mempunyai lebih 30 etnik.

Namun disebalik kemeriahan pesta Kaamatan, kita juga pernah dihidangkan cerita kurang enak mengenai penduduk yang meminum minuman keras secara berlebihan sehingga mencapai tahap kemabukan paras nuklear.

Kisah ini sering dilaporkan akhbar tempatan Sabah.

Semoga Kaamatan tahun ini dijauhi peristiwa tidak diingini seperti laporan laporan berita dibawah.







Aramaitieeee....!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs