Saturday, June 11, 2011

10 ribu banjiri Padang Merdeka di Rumah Terbuka Tadau Kaamatan 2011
















Aramatiee... Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan.

Jika pada 31 Mei 2011 lalu di Dewan KDCA, Penampang majlis penutupan rasmi Pesta Kaamatan yang berlangsung sejak 1 Mei lalu, kini pada 11 Jun 2011 bersamaan Sabtu, berlangsung pula Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2011.

Majlis ini dianjurkan kerajaan persekutuan menerusi kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah.

Majlis bertema Harmoni 1 Malaysia itu dihadiri lebih 10 ribu orang dari pelbagai kaum dan etnik Sabah serta tetamu dari Semenanjung Malaysia dan juga pelancong asing.

Berlatar belakangkan kehadiran pelbagai kaum termasuk pelancong asing, majlis itu melambangkan perpaduan erat masyarakat majmuk di Malaysia.

Selain disajikan persembahan kesenian tradisional lebih 40 etinik sabah, orang ramai juga berpeluang menyaksikan pameran rumah tradisi kadazan-dusun-murut di sekitar padang Merdeka.

Orang ramai juga menjamu selera dengan pelbagai jamuan disediakan percuma.

Majlis rumah terbuka disempurnakan yang di pertua negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mesej ringkas perpaduan kaum harmonis satu malaysia sempena perayaan ini turut disampaikan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan datuk seri utama dr Rais Yatim dan ketua menteri datuk seri Musa Aman.

Seterusnya persembahan tarian tradisional oleh seribu penari mengambil tempat.

Persembahan khas ini turut dicatat dalam buku rekod malaysia sebagai kumpulan paling ramai melakukan tarian pada satu tempat dan masa.

Kehadiran ratu pesta kaamatan 2011 atau unduk ngadau, Bo Tiza Disimond, turut memeriahkan suasana.

Bo Tiza dari Penampang hadir bersama 14 lagi peserta Unduk Ngadau 2011 termasuk naib juara Jovenea Jim Lajim dari Tamparuli dan tempat ketiga, Caroline Anthony dari Tuaran.

6 Bekas Unduk Ngadau pula dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Sepanjang Zaman. Mereka ialah Puan Jenny Alasa, Puan Nicolita Samseh, Puan Patricia Raymond, Cik Fharelynne Ivonne Henry, Cik Davenna Jacob dan Cik Leonie Lawrence Gontuni.

Majlis turut dihiburkan persembahan Alex Raja Lawak, One Nation Emcee yang menyanyikan lagu rap dan hip hop memakai baju Kadazan Dusun, Hazami, Jimmy Palikat dan Clarice John Matha.

Jimmy Palikat turut menyanyikan lagu popularnya Tanak Kampung pada majlis itu.



Rumah terbuka Malaysia Tadau Kaamatan bukan sahaja menyemarakkan semangat satu malaysia malahan memberi peluang kepada rakyat jelata termasuk di semenanjung malaysia meraikan tadau kaamatan dalam suasana harmonis.

Aramaitieee..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs