Thursday, June 30, 2011

18 juta ringgit naik taraf Jalanraya Jimpangah ke Batu 60, Beaufort, Sabah





Teks/Gambar : Jaafar Wahid

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Bandar dan Wilayah (KPLBW) telah memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk menaik taraf Jalanraya antara Jimpagah, Montenior Batu 60 sepanjang 8 kilometer bagi mempertingkatkan lagi kemudahan sistem perhubungan jalanraya.yang bakal memberikan manafaat hampir 2,000 orang penduduk di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, jalan berkenaan merupakan antara projek yang sejak sekian lama diperjuangkan dan tidak timbul soal sesiapa mendabik dada terutamanya parti pembangkang yang mendakwa mereka telah memperjuangkan tuntutan bagi melaksanakan projek tersebut .

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan beliau ingat semenjak beliau menjadi Wakil Rakyat Kawasan Klias malah pemimpin terdahulu telah menyuarakan harapan rakyat di kawasan itu kami agar jalanraya tersebut dapat dinaiktaraf khusus untuk mempertingkatkan kemudahan asas di kampong tersebut

“ Tidak timbul soal pemimpin mana yang memperjuangkan tuntutan ini apalagi parti pembangkang yang hanya tahu bercakap namun tidak berupaya melaksanakanya, apa yang penting bagi rakyat di kawasan ini kerajaan Barisan Nasional telah mengotakan janjinya untuk melaksanakan projek ini” katanya ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat sekali gus melancarkan majlis pecah tanah bagi melaksanakan projek tersebut.

Tambah Lajim perlaksanaan projek tersebut bukan sekadar retorik kerajaan BN namun ianya akan dilaksanakan oleh syarikat Jadimekar Sdn Berhad didijangka siap pada pertengahan bulan Disember 2012.

Menurut Lajim, pembinaan jalan itu bukan sahaja membantu mempercepatkan tempoh perjalanan penduduk yang sebelum ini hanya bergantung kepada sistem perhubungan menggunakan keretapi namun apabila projek menarik taraf jalanraya tersebut siap ianya , akan memudahkan penduduk di kampong tersebut dan sekitarnya memasarkan hasil tanaman di luar kawasan.

''Projek ini menyaksikan satu lagi mercu tanda pembangunan yang sememangnya diperjuangkan sekian lama oleh kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN)," katanya di majlis pecah tanah projek berkenaan di Beaufort pada 27 Jun 2011.

Dalam pada itu, Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, kerajaan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kebaikan rakyat di kawasan itu termasuk membantu meningkatkan ekonomi mereka.

''Kita berusaha memberikan perhatian kepada rakyat, termasuk menyalurkan segala bantuan membina rumah dan pelbagai program ekonomi justeru rakyat perlu memanafaatkan segala program pembangunan dan juga bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf siso ekonimi mereka ," ujarnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs