Friday, June 10, 2011

Johor paling ramai menteri kabinet persekutuan dalam sejarah Malaysia



Jika kita imbau, keanggotaan menteri kabinet Malaysia paling ramai adalah dari Johor sejak dulu hingga sekarang.


Perdana Menteri Ketiga Malaysia, Allahyarham Tun Hussein Onn (Februar1 12, 1922—Mei 29, 1990) berasal dari Johor Bahru.



Timbalan Perdana Menteri sekarang Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ahli Parlimen Pagoh, Johor dan berasal dari Muar, Johor.



Anak Tun Hussein Onn pula, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri, juga dari Johor dan Ahli Parlimen Sembrong, Johor.



Menteri Pengajian Tinggi juga adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor iaitu Datuk Mohamed Khaled Nordin.



Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam juga Ahli Parlimen Segamat, Johor.

Beberapa bekas menteri persekutuan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri juga berasal dari Johor.




Mereka termasuk bekas Menteri Luar dan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor.




Bekas Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.



dan bekas Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Penggerang.



Malahan bekas Menteri Kesihatan dan kini Presiden MCA Dato Chua Sui Lek juga dari Johor dan pernah menjadi Ahli Parlimen Labis.



Begitu juga bekas Presiden MCA dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Ting yang lahir di Perak namun dia menjadi Ahli Parlimen di beberapa kawasan di Johor termasuk Kulai, Pontian dan Tanjung Piai.

Ini belum lagi mengambil kira Timbalan Menteri Persekutuan serta barisan Menteri Kabinet Persekutuan ketika era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hidup Johor.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs