Tuesday, June 21, 2011

Mullah Mohammed Omar - pemimpin nombor 1 Taliban



Soviet Union berperang selama 9 tahun di Afghanistan tetapi gagal menewaskan pejuang Mujahideen. Namun Taliban berjaya mengambil alih pemerintahan Afghanistan daripada Mujahideen oleh kerana kekuatan luar biasa pemimpin Taliban iaitu Mullah Mohammed Omar.

Mullah adalah pemerintah tertinggi Taliban. Berbeza dengan Osama bin Laden yang mengizinkan dirinya diambil gambar, Mullah Mohammed Omar sama sekali tidak mengizinkan gambarnya diambil - gambar ini satu satunya yang dikatakan diambil secara curi curi.

Mullah hanya mempunyai satu mata - mata satu lagi buta ketika dia berperang dengan tentera Soviet di Jalalabad, Afghanistan pada 1989. Mullah masih gagal dikesan tentera NATO dan Amerika syarikat sehingga sekarang meskipun tawaran USD25 juta diberi kepada pemberi maklumat...

Mullah lebih hebat dan pandai bersembunyi berbanding Osama bin Laden, pemimpin no.1 Al Qaeda yang maut di tangan pasukan Navy Seal Team 6 di Abbottabad, Pakistan pada 2 Mei 2011.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs