Thursday, June 30, 2011

Pertubuhan bukan Kerajaan Sabah bantah perhimpunan haram oleh Bersih





Gambar/teks : Jaafar Abdul Wahid

Tindakan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai 2011 ini turut mendapat bantahan daripada pelbagai parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah.

Bantahan tersebut bukan sahaja berlaku di bandar Bandar besar namun ianya juga berlaku di kawasan luar Bandar yang memberikan gambaran Majoriti rakyat Malaysia menolak Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) kerana menganggap tindakan tersebut hanya akan menyebabkan negara terjerumus ke dalam kancah huru-hara.

Di Balai Polis Daerah Beaufort pada petang 29 Jun 2011, dua laporan polis dibuat bagi membantah perhimpunan tersebut iaitu dari Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah ( GPBPBB ) bersama Persatuan Belia Kg Kuridak ( PERBEKK ). diketuai oleh Cik Halimah Abd Rahman dan Ustaz Said Ag Damit, bersama 10 orang AJK.

Menurut Ustaz Said selaku Pegawai Perhubungan GPBPBB, laporan polis ini dibuat bagi menzahirkan hasrat komuniti belia di pedalaman bawah menentang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Bersih pada 9 Julai 2011 ini.

GPBPBB memandang serius percubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam serta merosakkan imej negara.

Di samping itu, GPBPBB menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan berkesan ke atas penganjur bagi menghalang perhimpunan ini. Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar para belia khususnya dari kawasan itu tidak terjebak dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab yang mengajak belia menyertai perhimpunan ini.

Umno bahagian Beaufort yang diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Isnin Haji Ali Asnih bersama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim juga membuat laporan polis yang sama bagi membantah perhimpunan tersebut.

Menurut Isnin ketika ditemui selepas laporan ini dibuat berkata rancangan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan secara haram bukanlah penyelesaian terbaik dalam menyuarakan rasa tidak puas hati sebaliknya ia mengganggu keselamatan orang awam

"Saya yakin pihak penganjur mempunyai agenda tersendiri untuk menghancurkan negara," katanya

Menurut Isnin perhimpunan itu tidak akan membawa sebarang keuntungan sama ada kepada pihak penganjur atau pun negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs