Wednesday, June 22, 2011

Perubahan Lanskap Pembangunan di Batu 60, Beaufort

Gambar/berita diperolehi daripada Jaafar Abdul Wahid







Kawasan Luar Bandar Sabah terus mendapat pembelaan daripada kerajaan pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Terbaru, di daerah Beaufort, perlaksanaan projek naiktaraf jalanraya dari kampong Jempangah hingga ke Batu 60 sejauh 17 kilometer yang diluluskan oleh kerajaan dengan kos sebanyak RM82 juta melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Projek itu dilihat mampu merubah lanskap pembangunan dan ekonomi rakyat di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Beaufort merangkap Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata jika sebelum ini penduduk di kawasan tersebut hanya bergantung kepada sistem pengangkutan keretapi namun keadaan tersebut akan berubah dalam tempoh terdekat.

Ini pastinya bukan sahaja memberikan kemudahan asas yang lebih kepada penduduk namun turut melonjakkan taraf sosio ekonomi mereka seharian.

“ Komitmen kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja mengutamakan kebajikan rakyat namun dalam masa yang sama melihat dan merubah taraf siso ekonomi rakyat melalui kemudahan asas yang disediakan selaras dengan hasrat kerajaan melaksana Transforsmasi Ekonomi (ETP) serta model baru ekonomi, MBE bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan negara bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020” katanya ketika berucap merasmikan Majlis penutupan Pesta Kaamatan Zon Batu 65 Saliwangan yang diadakan di Balai Raya Kampung Saliwangan, Beaufort pada 10 Jun 2011.

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Janang Gayuh mahu rakyat melihat perubahan pembangunan ini sebagai asas untuk mereka merubah cara berfikir dan berusaha bagi memperbaiki taraf sosio ekonomi mereka melalui pelbagai usaha terutamanya dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf pendapatan mereka seharian.

“ Sudah tentu kemudahan dan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan tidak akan memberikan impak kepada pembangunan ekonomi jika rakyat gagal memanafaatkan kemudahan serta bantuan yang disediakan oleh kerajaan” katanya

Di majlis tersebut beliau juga turut meluluskan peruntukan sejumlah RM 40 ribu bagi membesarkan Dewan Gereja selain peruntukan bagi membina dapur dan bilik persalinan serta pendawaian Eleterik di Balai raya kampong Saliwangan.

Inilah yang dinamakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Syabas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs