Wednesday, June 22, 2011

Salih Yakob tewas kepada King Sobhuza II dari Swaziland



Salih Yakob sememangnya hebat sebab dia mempunyai 4 isteri dan keempat empat isterinya hidup rukun dan aman damai, tanpa ada perselisihan dan pergaduhan. Rumah tangga Salih Yakob harmoni dan ini menjadikannya antara ikon Lelaki Sejati di Malaysia.

Namun, kehebatan Salih Yakob sebenarnya belum dapat menandingi kehebatan Raja Sobhuza II yang menjadi Raja Swaziland sejak 1921 hingga 1982.Raja Sobhuza II mempunyai 70 isteri, 400 anak dan 1,000 cucu...!!!!












Sudah menjadi tradisi di Swaziland, negara di Selatan Afrika berhampiran Afrika Selatan di mana rajanya mempunyai ramai isteri.

King Sobhuza II dilahirkan pada 1899 dan meninggal dunia pada 1982 ketika usianya 82 tahun.


Kini anaknya King Mswati III menjadi raja Swaziland. King Msawti dilaporkan mempunyai 14 isteri dan 24 anak!!!

Apapun, King Sobhuza II masih tidak dapat menandingi raja segala raja iaitu King Solomon yang dilaporkan mempunyai 700 isteri dan 300 gundik, menjadikan keseluruhannya 1,000 teman tidur kepada Baginda.








3 Gambar di atas adalah lakaran wajah King Solomon yang hidup lebih 2,000 tahun lalu.

Namun tidak diketahui berapa bilangan anak King Solomon yang sebenar. Apapun jika setiap isteri melahirkan 1 anak, maka dia mempunyai sekurang kurangnya 700 anak!!!! Hebat..

King Solomon lahir di Jerusalem pada tahun 1011 sebelum Masehi dan meninggal dunia pada tahun 931 sebelum Masehi ketika berusia 80 tahun.

Anaknya Rehoboam dari isterinya dikenali Naamah, menggantikan Solomon sebagai Raja.

Berbeza dengan Solomon, Rehoboam hanya mempunyai 18 isteri dan 60 gundik serta 88 anak.

Selepas King Rehoboam meninggal dunia pada tahun 915 sebelum Masehi, dia digantikan sebagai raja oleh anaknya Abijah.

King Abijah mempunyai 14 isteri dan 38 anak.

King Abijah meninggal dunia pada tahun 912 sebelum Masehi dan digantikan dengan anaknya, Asa.

Jumlah isteri dan anak Asa tidak diketahui.

Asa meninggal dunia antara 873 hingga 869 Masehi dan digantikan sebagai Raja oleh anaknya Jehoshaphat.

Demikian lah kisahnya. Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs