Saturday, June 11, 2011

Salma Mentor 5, suaranya bagaikan halilintar membelah bumi





Program hiburan realiti, Mentor terbitan TV3 antara program TV di Malaysia yang mendapat sambutan terhangat.

Sejak diperkenalkan 5 tahnun lalu, kita sudah mengenali 5 juara iaitu Pija, Mohd, Black dan Fiq.

Pemenang terbaru Mentor musim ke 5 ialah Salma dari Sabah. Ini bermakna peserta Sabah sudah menjuarai Mentor sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun menerusi Salma (mentor 5), Fiq (mentor 2) dan Pija (mentor 1).

Memperkatakan mengenai juara terbaru kita dalam Mentor 5 iaitu Salma, sebenarnya dia sebelum ini hanya dikenali di sekitar Tawau, menyanyi dalam pelbagai pertandingan nyanyian di peringkat daerah Tawau dan Salma menang kesemuanya... Dia tidak pernah tewas.

Ini kerana suaranya bagaikan HALILINTAR MEMBELAH BUMI..!!

Salma atau nama penuhnya Salmah Binti A. Asis baru berusia 21 tahun dan anak kelapan dari 9 adik-beradik.

Dalam Mentor 5, vokal Salma menenggelamkan Protegenya sendiri iaitu Erra Fazira. Bagi kita, Erra Fazira sendiri tidak boleh menandingi kehebatan vokal anak didiknya - Salma.


Di Tawau, Salma juga sering di undang menyanyi di majlis perkahwinan dan kenduri keramaian yang lain seperti dalam video di atas.


Dan ini persembahan Salma ketika menyanyikan lagu sama iaitu Listen di final Mentor 5 yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia pada 29 Mei 2011 bersamaan Ahad lalu.

Sebelum ini penyanyi kelahiran Tawau yang kita kenali ialah Mas dari Akademi Fantasia musim ke 2 dan Yazzer dari Akademi Fantasia musim ke 3.

Yazzer masih kelihatan diundang menyanyi di sana sini namun Mas seolah olah tenggelam.


Salma boleh menyanyikan apa saja lagu artis antarabangsa seperti lagu Unbreak My Heart dendangan asal Toni Braxton.


Ada juga yang berpendapat Salma kini boleh menandingi penyanyi sensasi Filipina, Charice Pempengco.

Apapun, tahniah kita ucapkan kepada Salmah, moga kejayaan selaku juara Mentor 5 menjadi pembuka jalan untuk dia mencapai kecemerlangan lebih tinggi sebagai artis baru terbaik dan popular Malaysia.


Nyanyian Salmah bagi lagu Listen di majlis majlis perkahwinan di sekitar Tawau dikatakan mampu menandingi penyanyi asal lagu itu iaitu Beyonce.

Hidup Salmah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs