Thursday, August 18, 2011

Profesor Datuk Dr Sukiman Sarmani dilantik Pengerusi Lembaga Perlesenan Atom



Bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hubungan Antarabangsa) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Profesor Datuk Dr Sukiman Sarmani dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom berkuat kuasa 1 Ogos 2011. Tempoh perlantikan itu adalah bagi tempoh 3 tahun.

Profesor Datuk Dr Sukiman menggantikan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Noramly bin Muslim.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan akhbar Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, hari ini Khamis 18 Ogos 2011.

Perlantikan itu dibuat selaras Sub-seksyen 3(3) Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), setelah merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Prof. Datuk Dr. Sukiman berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Bidang Radiokimia daripada University of Reading, United Kingdom, mula berkhidmat sebagai pensyarah di UKM pada 28 Oktober 1976.

Beliau adalah pakar Penyelidik Tenaga Atom & Nuklear Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Seterusnya, beliau menjawat jawatan seperti berikut di UKM :

a) Ketua Jabatan Sains Nuklear pada 1978 hingga 1983;

b) Timbalan Dekan Fakulti Sains Fizik dan Gunaan pada 1983 hingga 1986;

c) Dekan Fakulti Sains Fizik dan Gunaan pada 1986 – 1990;

d) Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah pada 1990 hingga 2000;

e) Dekan Pusat Pengajian Siswazah pada 2000 hingga 2004;

f) Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hubungan Antarabangsa) pada 2004 hingga 2008;

Beliau pernah menganggotai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom sebagai ahli selama 12 tahun bermula 1 April 1994 hingga 31 Mac 2006.

Perlantikan Prof. Datuk Dr. Sukiman disifatkan pilihan tepat berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perlindungan sinaran yang mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yakin bahawa pengalaman dan pengetahuan mendalam Prof. Datuk Dr. Sukiman, membolehkan beliau menerajui Lembaga Perlesenan Atom dalam membuat keputusan-keputusan penting berkaitan aktiviti tenaga atom di Malaysia.

Syabas kepada Profesor Datuk Dr Sukiman Sarmani.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs