Thursday, September 1, 2011

Gambar menakjubkan Eiffel Tower di Paris, dipanah petir



Kunjungan anda ke Paris, France, tidak akan lengkap jika anda tidak melawat atau bergambar dengan menara ikonik setinggi 324 meter atau 1,063 kaki ini yang dibina pada 1889, rekaan Gustave Eiffel. Menara Eiffel mengambil nama sempena perekanya Gustave EIffel, adalah struktur tertinggi di Paris dan struktur paling terkenal di dunia. Asalnya menara Eiffel dibina untuk Pesta Perdagangan Dunia atau World Trade fair di Paris.



Malahan ketika perang dunia ke 2, Jerman yang menakluk Perancis, enggan memusnahkan menara ikonik ini kerana ia sejarah tak ternilai untuk Perancis dan dunia. Malahan Adolf Hitler sendiri bergambar di hadapan menara iknoik ini.




Inilah gambar menakjubkan oleh Bertrand Kulik yang diambil pada July 2010 (tetapi ada yg kata dirakamkan pada 2008). Apapun gambar ini menunjukkan Eiffel Tower dipanah petir.



Sungguh hebat dan menakjubkan imej ini kan??

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs