Thursday, September 15, 2011

John Isner dan Juan Martin Del Potro, 2 pemain tenis bersaiz Gergasi / Giant


Juan Martin Del Potro, tinggi 6 kaki 6 inci, juara Tenis Terbuka Amerika Syarikat 2009



John Isner, tinggi 6 kaki 9 inci, pemain tenis ranking ke 18 dunia.


John Isner dan Juan Martin Del Potro adalah dua pemain tennis dunia yang mempunyai ketinggian luar biasa sehingga mereka digelar Giant.

John Isner dari Amerika Syarikat manakala Del Potro dari Argentina.

Isner belum pernah menang tenis Grand Slam.

Manakala Potro memenanginya sekali selaku juara tenis Terbuka Amerika Syarikat 2009, menewaskan Juara Grand Slam 17 kali, Roger Federer di final dan kalahkan Rafael Nadal di separuh akhir.

John Isner berketinggian 6 kaki 9 inci atau 2.06 meter.

Isner lahir pada 26 April 1985 dan pernah muncul pemain no. 18 dunia dalam ranking tenis dunia pada Julai 2010.

Del Potro pula lahir pada 22 September 1988 dan berketinggian 6 kaki 6 inci atau 1.98 meter.

Del Potro mula menjadi pemain professional pada 2005 dan pernah menjadi pemain no.4 dunia pada Januari 2010.

John Isner pula pernah melakukan permainan tenis paling panjang dalam sejarah dunia pada pusingan pertama kejohanan tenis Wimbledon 2010.

Isner menewaskan pemain Perancis, Nicolas Mahut dalam perlawanan yang memakan masa 11 jam, 5 minit.



Perlawanan itu diadakan selama 3 hari kerana cuaca gelap dan akhirnya Isner menang perlawanan epik itu 6–4, 3–6, 6–7(7–9), 7–6(7–3), 70–68 dengan jumlah keseluruhan 183 permainan/games.

Perlawanan itu bermula jam 6:13 pm waktu British pada Selasa June 22, 2010 (ketika bolasepak Piala Dunia rancak berlangsung di Afrika Selatan).

Dan hanya berakhir jam 4.48 petang pada Khamis, June 24, 2010 jam, set terakhir saja memakan masa 8 jam 11 minit.

Perlawanan yang dikenali “The endless match'” itu meyaksikan kedua dua pemain, Isner dan Mahut melakukan 100 aces.

Hebat sungguh hebat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs