Sunday, September 18, 2011

Kesan penagihan dadah jenis Syabu ke atas manusia



Jangan menagih dadah, apa jenis dadah sekalipun.

Satu daripada jenis dadah yang sering disalah gunakan di dunia ialah Methamphetamine atau lebih dikenali Syabu di Malaysia atau Ice.

Undang Undang Malaysia sudah menetapkan hukuman mati mandatori ke atas mereka yang memiliki Dadah dalam berat tertentu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Namun, itu tidak menghalang manusia daripada mengedar, memiliki, menagih, menyalah guna dan mengeluarkan dadah.

Nah lihat kesan serius penagihan dadah Syabu atau Methamphetamine ke atas manusia.

Bukan sahaja menyebabkan manusia itu ketagih kronik, malahan juga wajah mereka dan keadaan fizikal mereka bertambah teruk dan buruk.












Gambar gambar diatas dikeluarkan Polis Amerika Syarikat bagi merekodkan kesan penagihan dadah Syabu selepas tempoh beberapa tahun.

Lihat wajah mereka bertukar dari kacak dan tampan lagi bergaya kepada kurus kering, hodoh, menakutkan dan teruk.

Gadis manis juga bertukar wajah menjadi menakutkan.



Oleh itu, janganlah menagih dadah, apa jenis dadah sekalipun.

Penagih dadah juga sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan dadah.

Mereka sanggup merompak, membunuh, meragut, memecah rumah, memecah kedai dan bank semata mata mahu duit untuk beli dadah.

Ada kes, keluarga sendiri dibunuh kerana penagih dadah itu berang tidak diberi duit untuk membeli dadah Syabu, Heroin, Morfin, Ganja dan LSD.

Oleh itu, Ingatlah, Dadah membawa Maut....!!

Dibawah adalah beberapa siri rencana pendek mengenai kesan penagihan Syabu/Methamphetamine.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs