Sunday, September 18, 2011

Naib Juara Akademi Fantasia Musim ke 3, Felix Agus, menamatkan zaman bujangnya, 17 September 2011


Gambar Borneo Post



Gambar David Aramaitiee Photography



Gambar David Aramaitee Photography



Gamabr dari Facebook Lydia


Perhatikan betapa romantiknya Felix menyanyikan lagu untuk isterinya, Lydia di majlis resepsi perkahwinannya pada 17 September 2011 di Kota Kinabalu.

Tarih 17 September 2011 pasti dikenang Felix Agus, naib juara Akademi Fantasia musim ke 3.

Felix menamatkan zaman bujangnya, memilih Lydia Larius sebagai teman hidup.

Menurut Felix, 29 tahun, ini cinta pandang pertamanya, kali pertama mengenali Lydia,26 tahun, 6 tahun lalu, ketika dia mula mula terkenal selepas tamat Akademi Fantasia musim ke 3 pada 2005.

Lydia bekerja di Lembaga Kebudayaan dan Sukan Sabah, Kota Kinabalu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, 2010.

Sebenarnya Lydia adalah peminat setia Felix ketika di Akademi Fantasia dan Lydia tidak pernah lupa mengundi AFUNDI Felix.

Satu hari pada 2005, Felix mengadakan 'sound check' di Lembaga Kebudayaan Sabah dan disitu Lydia tidak melepaskan peluang untuk bertemu jejaka diminatinya itu.

Dari situ, cinta mereka berputik.

Felix kini masih menyanyi dan memenuhi undangan pentas di Sabah, selain menjadi DJ radio KKFM berpusat di Universiti Malaysia Sabah, UMS.

Itu kisah Felix. Bagaimana pula dengan kisah penyanyi Akademi Fantasia dari Sabah yang lain?? Adakah mereka sudah berkahwin??


Naib Juara AF2, Linda AF2 (kiri) bersama Juara AF6, Stacy. Kedua duanya gadis jelita dari Sabah.

Contohnya Linda AF2, adakah dia masih solo? sudah kahwin? Dan jika sudah kahwin, kahwin dengan siapa????


Begitu juga Marsha AF3, adakah dia sudah kahwin dan ada teman istimewa??

Bagaimana dengan Adam AF2?? Masih bujang atau belum kahwin atau kedua duanya sekali??

Bagaimana dengan Candy? Lotter?


And last but not least, bilakah Juara Akademi Fantasia musim ke 6, Stacy dari Penampang, Sabah akan menamatkan zaman bujangnya??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs