Wednesday, September 7, 2011

Universiti Malaysia Sabah, UMS dan angka 9






Universiti Malaysia Sabah, UMS dan angka 9 sukar dipisahkan.

Bagi sesi pengajian 2011/2012, 4,593 pelajar baru mendaftar di Universiti Malaysia Sabah, UMS di kampus induknya di Kota Kinabalu. (nota : ada angka 9 di sanakan)

Proses pendaftaran diikuti sesi suai kenal , ramah mesra dan pengenalan universiti bermula sejak 7 September 2011 hingga 11 September 2011. (nota : September ialah bulan 9).

Daripada 4,593 pelajar baru UMS, bagi sesi 2011/2012, 3,107 orang atau 67 % adalah pelajar perempuan manakala 33 % adalah pelajar lelaki bersamaan 1,486 orang.

60 % daripada keseluruhan pelajar pula dari Semenanjung Malaysia manakala bakinya dari Sabah dan Sarawak.

Turut mendaftar, 156 pelajar antarabangsa dengan 135 dari China, 2 dari Turki dan 19 dari Brunei.



Antara kemudahan terbaru di UMS, Dewan Canselori serta Dewan Kuliah Pusat yang baru siap tahun ini, mampu memuatkan 10 ribu pelajar serta perpustakaan yang memuatkan 4 ribu pelajar.

Tidak ketinggalan, kemudahan sukan dan Teknologi Komunikasi Maklumat, I-C-T, klinik, kemudahan keselamatan serta Jabatan Hal Ehwal Khas untuk menjaga kebajikan semua pelajar.

UMS Mempunyai 13 sekolah dan 9 Institusi penyelidikan (Nota : ada angka 9)

Antara pengajian sarjana muda ditawarkan di UMS ialah Doktor Perubatan, Bioteknologi, Kimia Industri, Fizik dengan Elektronik, Sosiologi dan Antropologi Sosial, Hubungan Antarabangsa, kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan kewangan dan perbankan, ekonomi kewangan antarabangsa, perhutanan tropika Antarabangsa (dimana Sabah tiada tandingan ketika ini kerana mempunyai pusat kajian di Hutan Simpan Lembah Danum di Lahad Datu yang berusia lebih 100 juta tahun, lebih tua dari Hutan Amazon) serta Perladangan Hutan dan Perhutani.



Ketika ini Naib Canselor UMS ialah seorang anak watan Sabah dilahirkan di Tawau dan kemudiannya membesar di Keningau iaitu Brigadier Jeneral Profesor Datuk Dr KAMARUZAMAN HJ. AMPON.

Profesor Datuk Dr Kamaruzaman Ampon berkelulusan Doktor Falsafah, PhD dalam Biokimia dari Ohio State University, Columbus, Ohio, Amerika Syarikat memulakan kariernya sebagai pensyarah di Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi, Universiti Pertanian Malaysia, UPM pada 1979 (lihat ada angka 9 lagi)

UMS mempunyai 3 Timbalan Naib Canselor iaitu :

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMS, Profesor Madya Dr Haji Kasim Haji Md Mansur.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Profesor Dr Amran Ahmed.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Profesor Dr Harun Abdullah.

Namun tahukan anda, ada beberapa lagi fakta UMS dan angka 9 yang sukar dipisahkan.

Fakta 9 dan UMS :

1. UMS adalah Institusi Pengajian Tinggi Awam ke 9 ditubuhkan di Malaysia.

2. Keluasan UMS di kampusnya ialah 999 ekar


3. Naib Canselor pertamanya berasal dari Negeri Sembilan, iaitu Profesor Tan Sri Datuk Seri Dr Abu Hassan Othman.

4. Kampus cawangannya di Labuan dibuka pada 1999

5. Menurut Webometrics Ranking Web of World Universities, UMS setakat 30 Julai lalu ditangga ke 9 di Malaysia dan 1,419 di dunia (banyak angka 9 lagi)!!!

6. Hari Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji 4,593 pelajar baru UMS, diadakan pada hari Jumaat 9/9/11 (9 September 2011)...!!! (semua 9)!!!

7. Proses pendaftaran pelajar baru UMS pula pada 7 sept 2011 bersamaan 9 Syawal 1432 Hijrah!! (9 lagi)

Terima kasih kerana membaca. Hidup UMS!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs