Wednesday, October 19, 2011

Planet Musytari (Jupiter) kelihatan di ruang angkasa Malaysia pada 14 Oktober 2011


Ini adalah peta kedudukan Jupiter atau Planet Musytari pada 14 Oktober 2011



Imej ini dirakamkan di ruang angkasa Kota Kinabalu pada jam 11 malam 14 Oktober 2011. Kelihatan planet Jupiter atau Musytari dengan jelas di sebelah kanan. Yang besar di kiri itu ialah Bulan.



Planet Musytari atau Jupiter terletak antara 600 juta kilometer dan 700 juta kilometer dari Bumi dan lazimnya hanya boleh dilihat menggunakan teleskop berkuasa tinggi.

Namun sejak malam 14 Oktober 2011 hingga 15 Oktober 2011, planet berkenaan boleh dilihat jelas dengan mata kasar oleh orang ramai di ruang angkasa Malaysia khususnya Sabah termasuk di Kota Kinabalu, Tawau dan Penampang.

DI Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan pada malam 14 Oktober 2011, planet itu jelas kelihatan dengan cahaya amat terang, di bahagian kanan Bulan.

Musytari adalah planet terbesar dalam sistem solar, 318 kali lebih besar dari Bumi.

Ruang atmosferanya ialah Hidrogen dan Helium.

Pada 14 Oktober 2011, planet itu dalam kedudukan paling dekat dengan Bumi iaitu kira kira 628 juta kilometer dari Bumi.

Selain Bulan dan planet Venus, planet Jupiter adalah objek ketiga paling terang dalam sistem Solar.

Fenomena yang jarang berlaku ini, tidak disedari kebanyakan orang ramai, mereka menyangka objek bersinar itu ialah bintang biasa.

Mereka silap, itulah Musytari atau Jupiter.

Anugerah Tuhan untuk manusia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs