Saturday, October 8, 2011

Puteri UMNO Sabah sifatkan Bajet 2012, Bajet terbaik pernah diumumkan di Malaysia



Puteri UMNO Sabah menfifatkan Bajet 2012 oleh Perdana
Menteri, Datuk Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat 7 Oktober 2012 lalu sebagai Bajet terbaik pernah diumumkan dalam sejarah.

Ia bukti kesungguhankerajaan menangani isu yang membelenggu segenap lapisan rakyatdi samping memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus dirangsang dalam usaha mencapai status negara maju pada 2020.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin (gambar atas) berkata Bajet 2012 mengambil kira pandangan rakyat termasuk di akar umbi yang memerlukan satu ‘keajaiban’ daripada Datuk Najib Tun Razak demi untuk pembangunan berterusan dan khususnya golongan berpendapatan rendah serta merakumi dalam pelbagai sektor.

Jelas beliau pemansuhan buat pertama kalinya yuran persekolahan bagi sekolah rendah dan menengah melibatkan jumlah RM150 juta, hadiah amat bermakna untuk rakyat.

Langkah yang julung kali dalam sejarah pendidikan negara itu
menunjukkan kerajaan benar-benar peka dan sensitif terhadap keperluan
rakyat.

Puteri UMNO Sabah turut mengalu alukan habuan untuk penjawat awam termasuk pemberian bonus setengah bulan gaji, lanjutan tempoh umur persaraan dari 58 tahun ke 60 tahun dan kenaikan gaji daripada RM80 hingga RM320 mengikut gred gaji.

Ini antara strategi kerajaan membantu rakyat menghadapi ekonomi global yang tidak menentu.

Sehubungan itu Puteri UMNO berharap penjawat awam akan lebih produktif, kreatif dan
berinovasi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk kebaikan negara dan rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs