Monday, March 19, 2012

Kadir Sheikh Fadzir akhirnya keluar UMNO



Kadir Sheikh Fadzir mungkin satu satunya menteri Kabinet Malaysia yang suka memakai Bow Tie. Selalunya Menteri pakai Neck Tie atau Tali Leher.

Ketika menjadi menteri kabinet dulu, Kadir selalu kelihatan di majlis rasmi, memakai Bow Tie. Dulu juga rambut Kadir agak botak, kini rambutnya dah tumbuh kembali. Magik.

Namun hari ini Isnin, 19 Mac 2012, orang veteran UMNO itu yang juga bekas menteri Pelancongan Malaysia dan Menteri Penerangan Malaysia, mengumumkan meletakkan jawatannya selaku ahli UMNO.

Beliau meletakkan jawatan itu setelah 56 tahun berada dalam UMNO, kerana dia masuk UMNO pada 1956 ketika Malaya belum merdeka lagi.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas 4 perenggan.

"Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam UMNO yang saya menjawat," katanya dalam kenyataan itu.

Kadir pernah menjadi Exco Pemuda UMNO selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO selama 24 tahun, di samping jawatan lain seperti Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah.

Beliau menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

Namun tidak diketahui apakah Kadir akan menyertai mana mana parti politik selepas ini samada PAS atau PKR ataupun parti KITA ataupun parti STAR, USNO atau Pasok?

Beliau sebelum ini mengundang kontroversi apabila dilaporkan berkata pengundi di kawasan Kulim/Bandar Bahru boleh dibeli dengan wang ringgit.

Apapun, Good Luck Mr Kadir.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs