Sunday, March 11, 2012

Rakyat asing di Sabah hutang hospital kerajaan RM21.5 juta!!




Ini pemandangan deretan rumah setinggan rakyat asing Filipina di Pulau Gaya dekat Kota Kinabalu



Kebanjiran rakyat asing termasuk pendatang Tanpa Izin, PATI di Sabah sememangnya serius.

Jumlah sebenar mereka tidak diketahui.

Namun daripada 3 juta penduduk Sabah, bilangan mereka agak besar, mungkin 500 ribu orang ataupun lebih daripada itu.

Rakyat asing di Sabah ini terdiri daripada 4 jenis.

1. Rakyat Asing yang masuk secara sah dan bekerja secara sah dengan mempunyai permit dan dokumen

2. Pelarian Perang khususnya yang melarikan diri dari peperangan antara pihak pemisah dan tentera kerajaan Filipina di Selatan Filipina. Pelarian ini masuk ke Sabah dari Mindanao, Selatan Filipina sejak tahun 1970-an lagi kerana melarikan diri daripada pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan pelbagai pihak termasuk Moro National Liberation Front, MNLF pimpinan Nur Misuari.

3. Pendatang tanpa izin - mereka yang masuk dan tinggal di Sabah secara tidak sah, termasuk ada yang menggunakan dokumen diragui seperti kad pengenalan tulin milik orang lain ataupun dokumen pengenalan diri yang dipalsukan.

4. Rakyat tanpa warganegara - anak hasil perkahwinan rakyat asing dan rakyat tempatan dimana status mereka diragui.


Kebanjiran mereka mendatangkan pelbagai masalah sosial, ekonomi dan jenahay.

Antaranya rakyat asing yang mendapatkan rawatan serta juga untuk beranak di hospital kerajaan di Sabah, namun selepas itu tidak membayar bil.

Kini hutang perubatan rakyat asing di hospital-hospital kerajaan di Sabah sudah menjangkau RM21.5 juta.

Jumlah itu besar, RM21.5 juta boleh digunakan untuk membeli makanan dan barangan keperluan asas kepada beribu ribu rakyat tempatan Sabah yang masih hidup daif, miskin dan sengsara di pedalaman Sabah termasuk di Pensiangan, Kinabatangan, Kudat, Pitas dan Tenom.






Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar atas) berkata, hutang berkenaan adalah dalam tempoh tiga tahun sehingga hujung tahun lalu, 2011 melibatkan 23 hospital kerajaan di seluruh negeri.

"Jumlah hutang tertunggak paling tinggi adalah di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas iaitu sebanyak RM8.1 juta," katanya.

Menurut beliau, jumlah hutang penduduk tempatan di hospital-hospital kerajaan di negeri ini dalam tempoh berkenaan pula kira-kira RM4.3 juta.

Beliau berkata, pihak kementerian akan berusaha memastikan hutang tertunggak itu diselesaikan.

"Antaranya kita harus pastikan pesakit membayar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah bil terlebih dahulu dan selepas dibenarkan pulang mereka perlu menjelaskan bakinya," katanya.

Itu baru hutang bil hospital.

Berapa ramai pula rakyat Sabah yang dirompak, dibunuh, dirogol oleh rakyat asing yang tidak kita mahukan ini yang datang beramai ramai dari Filipina dan Indonesia?

Masalah ini tidak berlaku jika Sabah terletak di benua Eropah kerana rakyat asing itu perlu menaiki bot selama beberapa bulan baru sampai ke Eropah, itupun jika tidak mati ditelan ombak dan gelora.

2 comments:

Anonymous said...

Haha...dapat rawatan percuma tapi, nda hairan pasal drg ni 'pelanggan utama'Hospital Likas.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Benar tu Anonymous... sebab diorang ni kuat beranak.. maka selalu ke wad bersalin hospital Likas.. dan tak bayar billl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs