Monday, April 16, 2012

The Artist, filem bisu dan hitam putih paling berjaya dalam sejarah.






The Artist, filem bisu dan hitam putih paling berjaya dalam sejarah.

Siapa kata filem hitam putih dan bisu tanpa dialog boleh menang anugerah filem terbaik dunia?

Itulah yang dibuktikan Filem The Artist yang berjaya menang 5 anugerah di Akademi Award pada 26 Februari 2012 lalu.

The Artist menang anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik – Michel Hazanavicius, Aktor Terbaik – Jean Dujardin (pelakon Perancis yang sebelum ini kurang dikenali di Hollywood), Karya asal terbaik dan Kostum/Pakaian terbaik.



Selain The Artist, filem lain termasuk “Iron Lady” turut memenangi anugerah Aktres Terbaik menerusi Merryl Streep. Filem itu mengisahkan mengenai Perdana Menteri Britain, Margaret Tatcher.



Christopher Plummer, 82 tahun turut mencatat sejarah sebagai aktor paling tua menang anugerah pelakon pembantu terbaik menerusi filem “Begineers”.

Syabas kepada semua pemenang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs