Monday, April 16, 2012

Matlan Marjan dan Khairul Azman Mohamad, 2 pemain terbaik Sabah


Matlan Marjan dengan jersi kegemarannya no 20. Keretanya dulu pun no plat MAE 20. Rembatan kaki kirinya sudah menewaskan puluhan penjaga gol di Asia.



Khairul Azman Mohamad - pernah 2 kali penjaga gol terbaik Asia.

Selain James Wong dan Hassan Sani, ada 2 lagi pemain terbaik yang pernah beraksi untuk Sabah.

Mereka ialah penyerang Matlan Marjan dan penjaga gol berasal dari Pahang, Khairul Azman Mohamed.

Matlan pernah digelar penyerang terbaik Asia manakala Khairul pernah dinobatkan 2 kali sebagai penhaga gol terbaik Asia.



Saksikan 2 gol Matlan Marjan ketika Malaysia tewas 2-4 ditangan England pada perlawanan persahabatan June 1991. Saya pun menyaksikan gol itu.

4 gol England dijaringkan Gary Lineker.



Saksikan ketangkasan Khairul Azman Mohamed menyelamatkan penalti pemain Selangor, Mehmet Durakovic pada final Piala Malaysia 1996 pada 28 Disember 1996, 2 hari selepas Ribut Greg melanda Sabah menyebabkan 200 kematian, kebanyakannya di Keningau.

Permainan berakhir 0-0 dan Selangor hanya menang menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas sepakan pertahanan Sabah, Burhan Ajui, tersasar.

Pada 1995, Khairul Azman membantu Sabah juara Piala FA dan pada 1996, Khairul Azman membantu Sabah juara Dunhill Liga Perdana Malaysia.

Antara pemain Sabah yang cemerlang pada 1996 ialah Ong Kim Swee, Scott Ollerenshaw, Jelius Ating, Veselin Kovacevic, Abdullah Adi, Yap Wai Loon, Harun Laban, Jekerison Kilan dan Suharmin Yusof.

Sayang seribu sekali sayang, Matlan Marjan tak dapat bermain selepas digantung FAM kerana dakwaan menjual prlawanan.


Syabas Khairul Azman dan Matlan Marjan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs