Monday, April 23, 2012

Brazil, Jerman, USA, Mexico, antara negara bertuah anjurkan Bolasepak Piala Dunia dan Olimpik selang 2 tahun


Logo Piala Dunia Mexico 1986



Logo Olimpik Mexico 1968



Logo Piala Dunia Mexico 1970



Logo Olimpik Atlanta, USA 1996



Logo Piala Dunia USA 1994



Logo Piala Dunia Brazil 2014



Logo Sukan Olimpik Rio De Janeiro, Brazil 2016



Logo Sukan Olimpik Munich, Jerman Barat 1972



Logo Piala Dunia Jerman Barat 1974


Brazil untung, sudahlah tuan rumah bolasepak Piala Dunia 2014, hos Olimpik pula lepas tu 2 tahun kemudian pada 2016.

Bayangkan negara kita Malaysia menjadi tuan rumah bolasepak FIFA Piala Dunia dan 2 tahun selepas itu menjadi hos pula Sukan Olimpik.

Meriahkan?

Bolasepak FIFA Piala Dunia dan Sukan Olimpik adalah 2 kejohanan dan pertandingan dan temasya terbesar dunia yang diadakan selang 4 tahun sekali.

Nah, Brazil sebagaimana kita ketahui adalah tuan rumah bolasepak Piala Dunia 2014 dan 2 tahun selepas itu pada 2016, menjadi hos pula sukan Olimpik.. Wowww

Antara negara beruntung yang mendapat keistimewaan itu sebelum ini ialah Amerika Syarikat.

Piala Dunia FIFA 1994 diadakan di Amerika Syarikat dan 2 tahun selepas itu Sukan Olimpik 1996 diadakan pula di Atlanta, Amerika Syarikat.

Piala Dunia 1974 pula diadakan di Jerman dan dimenanginya menewaskan Belanda 2-1 di final, manakala 2 tahun sebelumnya Sukan Olimpik diadakan di Munich, Jerman pada 1972.

Pada 1954, Piala Dunia turut diadakan di Jerman dan Jerman sekali lagi menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2006 dimana pasukan itu layak ke separuh akhir sebelum dikecewakan juara, Itali 2-0.

Dimana pula Sukan Olimpik 1936 diadakan yang menyaksikan Adolf Hitler menonton Atlit Amerika Syarikat, Jeese Owens menang 4 pingat Emas? Jawapannya di Berlin, Jerman!!

Kalau bukan 2 tahun jaraknya, asalkan diadakan di negara sama pun mencukupi.

Contohnya Sepanyol tuan rumah Piala Dunia FIFA 1982 dan 10 tahun selepas itu pada 1992 Barcelona tuan rumah sukan Olimpik pula.

England pula tuan rumah sukan Olimpik 2012, manakala pada 1966, negara itu tuan rumah Piala Dunia yang dimenanginya selepas menewaskan Jerman Barat 4-2 di final di Wembley.

Jepun tuan rumah sukan olimpik 1960 dan tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA pada 2002 bersama Korea, malahan sukan Olimpik pernah diadakan di Seoul, Korea pada 1988.

Mexico tuan rumah sukan Olimpik 1968 dan Piala Dunia 1970 dan sekali lagi menjadi tuan rumah pertandingan besar Piala Dunia pada 1986 yang menyaksikan Diego Maradonna menjadi pemain lagenda dan terbaik dunia.

Perhatikan juga nombornya 68 dan 86.. hebatkan??

Siapa pula tuan rumah Piala Dunia 1970 yang dimenangi Pele dan Brazil ? Mexico juga kan.

Rome, Itali juga pernah menjadi hos sukan Olimpik dan dimanakah Piala Dunia 1990 diadakan? Jawapannya Itali.

Negara lain pula seperti Malaysia bukan saja tidak pernah menjadi hos Piala Dunia, malahan tidak pernah menjadi hos sukan Olimpik. Malaysia hanya pernah menjadi tuan rumah sukan Komanwel 1998 dan hos Piala Dunia Belia pada 1997 yang menyaksikan kelibat pemain muda yang kemudiannya menjadi pemain tersohor iaitu Michael Owen - England, Pablo Aimar - Argentina, Thierry Henry dan David Trezeguet – Prancis bersama Esteban Cambiasso – Argentina.

Apapun Brazil pasti juara Piala Dunia 2014 di gelanggang sendiri.

Hidup Liverpool, Hidup Brazil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs