Monday, April 16, 2012

Isteri boleh berpoligami di utara India.


Sekadar gambar hiasan

Isteri boleh berpoligami di utara India.

Lazimnya di dunia ini, hanya suami boleh berpoligami iaitu berkahwin lebih dari 1 isteri.

Ada suami yang mempunyai 4 isteri, 3 dan 2 isteri.

Namun di sebuah kawasan terpencil di utara India, ada isteri yang mempunyai 2 suami.

Dikhabarkan perkara ini berlaku di Kazan, antara penempatan altitud teringgi di dunia dan jalanraya ke sana amat merbahaya kerana melalui jurang berliku dan silap sikit boleh masuk gaung pada kedalaman 1000 meter.

Jangan terkejut, perkara ini benar benar berlaku dan pernah disiarkan di program Dunia Tersembunyi oleh TV3 pada Mac 2012.

Bayangkan seorang isteri melayani 2 suami.

Tidak diketahui siapa bapa sebenar kepada anak kerana kedua dua suami itu bermesra dengan isteri.

Lazimnya suami pertama bermesra dengan isteri ketika suami kedua tidak ada di rumah kerana bekerja dan sebaliknya.

Hmmm.. macham macham..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs