Monday, April 23, 2012

Jim Jones, David Koresh, Shoko Asahara, Ibrahim Libya dan Nabi Petrus Palsu Sabah, 5 lelaki gila yang pernah hidup di dunia


Jim Jones, pengasas the People's Temple yang membawa kepada peristiwa bunuh diri beramai ramai di Guyana, Amerika Selatan pada 18 November 1978. 909 maut di Jonestown.



David Koresh, ketua Branch Davidion. Peristiwa Waco, Texas pada 19 April 1993 membawa kepada kematian 84 orang termasuk 28 kanak kanak. Sungguh tragis



Shoko Asahara, si gila dari Jepun, pengasas Aum Shinrikyo, membawa kepada serangan gas Sarin di stesen keretapi bawah tanah Jepun pada March 1995 yang menyebabkan 13 maut dan ratusan cedera.



Peristiwa Memali di Baling Kedah, pada November 1995 menyebabkan 14 pengikut Ibrahim Libya maut manakala 4 anggota polis turut maut.


Jim Jones, David Koresh, Shoko Asahara, Ibrahim Libya dan Nabi Petrus

Individu yang disebutkan di atas antara manusia yang disifatkan gila dan kurang waras. Mereka mahu menjadi pemimpin pergerakan songsang dan tidak teragak agak untuk membunuh jika ada pihak cuba menghalang aktiviti mereka.

Jim Jones pastinya diingati kerana mengarahkan hampir 1,000 pengikut ajaran songsangnya meminum racun di hutan Guyana, Amerika Selatan, menjadikannya kes bunuh diri paling besar di dunia.

Jim Jones turut mengarahkan pembunuhan seorang senator Amerika Syarikat serta wartawan yang melawatnya, sejurus sebelum peristiwa pembunuhan diri besar besaran itu.

Sejurus peristiwa menggemparkan dunia itu, tiada lagi ajaran songsang Jim Jones yang mengaku dirinya Tuhan.

David Koresh dan pengikutnya pula mati dikepung pihak berkuasa Amerika Syarikat yang mahu menangkapnya kerana mepraktikkan ajaran tidak logik, iaitu boleh berkahwin poligami ramai dan boleh kahwin dengan kanak kanak.

Rumah Koresh dan pengikutnya di Waco terbakar dan berakhirlah riwatan ajaran songsangnya itu.

Shoko Ashara pula menakutkan penduduk Jepun pada 1995 kerana cubaan membunuh penumpang keretapi bawah tanah di Jepun menggunakan gas saraf Sarin yang diciptanya sendiri.

Ramai cedera dan ada juga mati sehinggakan pengangkutan keretapi Jepun yang digunakan ratusan ribu pengguna sehari, lumpuh.

Nasib baik Asahara si gila itu berjaya ditangkap dan ajarannya Aum Shun tidak lagi berfungsi.

Apa kata kita beri makan Asahara dengan 10 tong besar gas Sarin? Tengok apa dia kata, sedap ke tidak?

DI Malaysia pula kita pernah digemparkan kisah 2 ajaran songsang di Kedah dan Sabah.

Di Memali, Kedah, peristiwa Ibrahim Libya dan pengikutnya menyerang anggota polis dengan bom buatan sendiri, parang dan senjata lain pernah menggemparkan Malaysia.

Kesudahannya semua pengikut Ibrahim Libya mati termasuk bossnya Ibrahim Libya sendiri, malahan 2 anggota polis dilaporkan turut maut.

Di Beluran Sabah, Malaysia juga pernah digemparkan ajaran seorang lelaki Indonesia berketurunan Timor yang menggelar dirinya Nabi Petrus.

Nama sebenar lelaki yang menggelar dirinya Nabi Petrus itu ialah Petrus Ratu Dore, tiada kaitan dengan naib Juara Akademi Fantasia musim ke 3, Felix Agus Dore.

Ladang dan rumah Nabi Petrus dan pengikutnya di Beluran, Sabah diserbu polis pada 1995 dan mujurlah tiada yang cedera.

Nabi Petrus dan isteri serta ramai pengikutnya ditangkap.

Antara ajaran Nabi Petrus kononnya kiamat akan berlaku pada Oktober 1995 ekoran gerhana matahari. Memang Gerhana Matahari berlaku di Sabah khususnya di Matunggong Kudat pada Oktober 1995, namun bukan kerana ajaran dan kuasa Nabi Petrus, sebaliknya akibat kuasa Tuhan dan kejadian alam.

Nabi Petrus dan pengikutnya juga mengenakan pakaian pelik iaitu seluar dalam putih di kepala masing masing ketika ditangkap.

Hmmmm. Macham macham, terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs