Thursday, April 19, 2012

Macam di KK, Janyrwine J Lusin mencetus fenomena baru muzik Sabah dan Malaysia




Janrywine yang saya namakan Mr Tambadau.... hehehe


Lagu popular Sabah sehingga mencapai tahap turut popular di Semenanjung Malaysia hanya ada 4.

Iaitu Jambatan Tamparuli nyanyian Justin Lusah yang diterbitkan pada 1976,

Lagu Sayang Kinabalu ciptaan Asmin Mudin dinyanyikan oleh Kimin Mudin,

Lagu Tanak Kampung atau Anak Kampung ciptaan dan nyanyian Jimmy Palikat,

dan terbaru Lagu Macam di KK ciptaan dan nyanyian Janrywine J. Lusin.



Macam di KK, fenomena baru ciptaan Janrywine J. Lusin



Kini lagu Macam di KK ditonton 3 juta orang seminggu sekali di TV3 menerusi iklan kolej Cosmopoint KK ini. Syabas Mr Tambadau!!!

Dulunya Janrywine J. Lusin bekerja sebagai eksekutif jualan dan pemasaran, The New Straits Times Press, NSTP, Kota Kinabalu, Sabah. Masa tu dia sudah aktif menyanyi tetapi belum terkenal.

Namun pada 2011, nama Janrywine meletup dan meletop.

Lagu ciptaan dan nyanyiannya “MACAM DI KK” yang beirama ala Country Rock, menjadi amat popular di Sabah, sama popular dengan lagu “ANAK KAMPUNG” ciptaan dan nyanyian Jimmy Palikat.

Selepas itu Janrywine terpaksa melepaskan jawatan di NSTP dan juga sebagai wartawan Borneo Post, kerana dibawa memenuhi banyak undangan konsert, persembahan, pertunjukan dan sebagainya hampir setiap hari dan setiap minggu.

Kemana saja beliau pergi, dia dikenali dan diminta menyanyikan lagu itu samada di rumah, pasar minggu, kedai kopi, pub, karaoke dan pusat membeli belah.

Karier Janrywine atau saya panggil Mr Tambadau (hehehehe) terus menyinar apabila lagu MACAM DI KK, dijadikan lagu rasmi DBKK atau Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.



Malahan lagu MACAM DI KK yang disiarkan pada jam 8 malam di TV3 menjadi lagu tema IKLAN COSMOPOINT, iaitu sebuah kolej yang menawarkan pelbagai kursus DIPLOMA kepada lepasan SPM di Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu.

Cosmopoint menawarkan kursus untuk anak Sabah, sebagaimana KLMU atau Kuala Lumpur Metropolitan University di Kuala Lumpur.

Malahan Iklan baru yang lebih segar Cosmopoint yang menampilkan lagu MACAM DI KK itu jauh lebih hebat dan menghiburkan berbanding iklan lama KLMU yang menim bulkan rasa meluat orang ramai kerana menampilkan seorang gadis yang terkinja kinja ke sana sini seolah olah dia gadis paling lawa dan paling pandai di DUNIA!!!



Iklan KLMU yang buruk, gadis ini terkinja kinja macam orang paling lawa dan pandai di Malaysia.

Apapun Syabas dan Selamat Maju Jaya kita ucapkan kepada Janrywine alias Mr Tambadau... Hehehe..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs