Monday, April 9, 2012

Nama Malaysia dan syarikat Malaysia di Liga Perdana Inggeris, EPL.





Jersey Referee EPL ada tulis Air Asia dan Tune Air


Jersey Queens Park Rangers bertulis Malaysia



Jersey Aston Villa bertulis Genting



Jersey Cardiff City bertulis Malaysia

Nama Malaysia dan syarikat Malaysia di Liga Perdana Inggeris, EPL.

Liga Perdana Inggeris atau EPL adalah liga bolasepak paling ditonton, paling terkenal dan paling menguntungkan di dunia, menewaskan Liga Primera Sepanyol atau La Liga, Liga Jerman atau Bundesliga, Liga Itali atau Serie A, Liga Amerika Syarikat dan jauh meninggalkan Liga Super Malaysia.

Kita tahu, tiada pemain Malaysia yang pernah bermain untuk pasukan di EPL. Jangan kan EPL, liga bawahan seperti Divisyen 1, 2 dan 3 Liga Inggeris pun tiada pemain Malaysia pernah mengecap aksi di padang.

Ini kerana peraturan EPL hanya membenarkan pemain dari negara 70 tangga teratas ranking FIFA untuk bermain di EPL, kita tahu Malaysia di ranking ke 100 lebih dunia.

Jadi, kempunanlah kita menyaksikan pemain Malaysia beraksi di EPL.

Namun meskipun demikian, nama Malaysia dan syarikat Malaysia tetap gah, harum dan terkenal di EPL, hasil usaha dan inisiatif usahawan Malaysia.

Lihat saja pasukan QPR atau Queens Park Rangers, tertera di jersi mereka ialah Malaysia Airlines. Nama Malaysia itu dipancarkan kepada ratusan juta penonton dan peminat EPL di seluruh dunia, lebih lebih lagi jika QPR berdepan dengan pasukan ternama EPL seperti Liverpool, Arsenal, Manchester City, Chelsea dan Manchester United.

Ini kerana QPR dimiliki usahawan Malaysia iaitu Tan Sri Tony Fernandez, boss Air Asia.

Begitu juga pasukan Aston Villa, tertera di jersinya ialah Genting Berhad, syarikat yang terkenal dengan industri pelancongan Genting Highlands.

Pasukan Cardiff City di Wales juga menampilkan nama Malaysia pada jersinya kerana Cardiff City dimiliki jutawan Malaysia.

Malahan, tertera di lengan baju pengadil ialah Air Asia dan Tune Hotel, 2 syarikat milik Malaysia.

Itulah kejayaan Malaysia di EPL.

Hidup Liverpool selamanya, You will never walk alone...!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs