Monday, April 16, 2012

Nicorette dan electronic cigarrete untuk penawar ketagihan merokok.


Electronic Cigarette turut mengeluarkan asap, tapi tiada nikotin




Nicorette boleh berbentuk chewing gum sebagai ganti rokok. Ia mengandungi nikotin.

Nicorette dan electronic cigarrete untuk penawar ketagihan merokok.

Jika anda perokok tegar dan mahu beransur ansur meninggalkan tabiat buruk itu, maka ada beberapa langkah yang disyorkan.

Makan chewing gum mengandungi Nikotin dikenali Nicorette.

Presiden Amerika Barack Obama dulunya perokok tegar namun memandangkan White House adalah kawasan larangan merokok, maka beliau memakan Nicorette dan tidak lagi merokok sehingga sekarang.

Saya juga perokok tegar boleh menghabiskan 1 atau 2 kotak rokok sehari.

Pada satu hari April 2010 saya menaiki penerbangan 12 jam tanpa henti dari KL ke Paris, bermakna tak boleh merokok selama 12 jam!!

Maka saya membeli Nicorette di sebuah kedai farmasi di Kota Kinabalu dan hasilnya saya berjaya menahan diri dari merokok selama 12 jam, meskipun selepas menikmati makanan yang disajikan pramugari MAS.

1 lagi pilihan ialah msnghisap rokok elektronik atau electronic cigarette yang tidak mengeluarkan bau, perisa Nikotin dan mengeluarkan sedikit asap.

Rokok ini tidak perlu ditukar ganti selama 1 bulan, hanya perlu ganti kandungan nikotinnya.

Namun saya difahamkan rokok elektronik ini tidak boleh dihisap di kawasan zon larangan merokok. So Nicorette lebih baik.

Namun cara terbaik, berhenti saja merokok bah..

Satu lagi isu di sini, hanya syarikat Rokok saja dibenarkan membunuh dengan sah di dunia ini. Ini kerana syarikat gergasi rokok seperti RJ Reynolds, Philip Morris dan Marlboro adalah syarikat sah yang sah mengeluarkan rokok.

Namun rokok mengandungi ratusan bahan kimia yang boleh membunuh si penghisap dan juga secondary smokers iaitu orang orang di sekeliling yang tidak menghisap rokok tapi tersedut asap rokok.

Tetapi syarikat berkenaan tidak didakwa kerana membunuh.

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs