Monday, April 9, 2012

Pertama Kompleks, KL, dulu dan sekarang


Kasut kulit buatan sendiri ini banyak dijual di Pertama Complex


Inilah Pertama Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur


Zaman kegemilangan rock di Malaysia, Pertama Complex jadi tumpuan

Pertama kompleks, KL, dulu dan sekarang

Saya berpeluang berkunjung ke Pertama Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur buat pertama kalinya pada 1989.

Ketika itu saya masih ingat, masih ada bas Mini tambang 50 sen yang membawa saya dari Bangkok Bank, KL ke Pertama Complex.

Waktu itu, irama rock dan heavy metal adalah muzik no.1 di Malaysia.

Muzik kumpulan Search, Lefthanded, Rusty Blade, Wings, Ella & The Boys, Sofea, SYJ, dan banyak lagi, senantiasa bermain di corong radio dan bibir belia serta generasi muda di KL masa itu.

Jadi, tidak hairanlah, pertama Complex ketika itu dipenuhi golongan Mat dan Minah Rock dan Heavy Metal.

Kompleks Pertama menjadi tempat lepak, persinggahan dan pertemuan mereka.

Ini kerana di situ, ada banyak kedai yang boleh menjahit fesyen rock terkini, samada jeans, baju dan jaket kepada kasut.

Begitu juga kedai aksesori rock dan Heavy Metal seperti lambang gitar flying V, baju matahari terbit Jepun dan aksesori lain yang banyak terdapat di Pertama Complex.

Itu 1989.

Pada Sabtu 7 April 2012, saya berpeluang berkunjung ke Pertama Complex lagi, iaitu 23 tahun selepas kunjungan pertama pada 1989.

Kini tiada lagi bas mini, yang ada hanya LRT, ERL, Monorel dan segala kemudahan canggih.

Saya mendapati ruang dalamnya masih seperti dahulu dengan tangga naik atas dan bawah.

Namun tiada lagi kelibat mat Rock dan Minah Rock serta kedai Rock. Mungkin kerana irama Rock dan Heavy Metal bukan lagi muzik no.1 di Malaysia dan KL.

Yang ada hanya kedai jual handphone dan kedai biasa lain.

Namun keistimewaan dan tarikan Pertama Complex yang berbeza dengan pusat membeli belah lain, masih ada iaitu kedai menjual baju kulit, kasut kulit gaya rock dan koboi serta kedai menjual aksesori polis dan tentera.

Di Pertama Complexlah anda boleh membeli kasut kulit buatan tangan dengan harga murah iaitu RM120 sepasang berbanding harga RM300 di pasaran, baju kulit, sarung tangan dan sarung pistol kulit serta tali pinggang kulit.

Begitu juga t-shirt menampilkan pelbagai jenama Pistol dan Rifle serta pelbagai gambar dan logo tentera elit seperti Navy Seals, Rangers, Green Beret dan komando Perancis. Topi tentera asing seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union juga dijual di sini.

Malahan banyak kedai menjual pangkat, beg tentera, topi keledar tentera, mestin dan kelambu tentera serta pakaian Sniper atau penembak tepat.

Itulah keistimewaan dan tarikan di Pertama Kompleks yang tidak terdapat di premis perniagaan lain di Malaysia.

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs