Monday, May 21, 2012

Astro Tamak, nak bolot semua program sukan antarabangsa



Astro Tamak

Sebelum wujud Astro, stesen TV di Malaysia seperti RTM dan TV3 tidak tamak dan saling berkongsi hak penyiaran bagi acara sukan berprestij dan terbesar dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Piala Dunia FIFA dan kejohanan badminton All England serta juga Euro dan Liga Perdana Inggeris.

Namun sejak Astro mula beroperasi, stesen swasta itu amat tamak, membolot hampir kesemua Temasya Sukan di dunia tanpa memberi peluang langsung kepada stesen TV lain untuk cari makan.

Mana boleh macam tu. Kata Orang Tua, ORANG TAMAK SELALU RUGI.

Dahlah begitu, Astro juga mengenakan bayaran, bukannya percuma seperti RTM, TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Jika tak bayar, melalaklah, tak ada peluang tengok TV beb.

Namun TV3, RTM dan stesen lain tak payah bayar, pakai aerial dan antenna biasa je, dah dapat siaran. Malahan Lesen TV pun dah dimansuhkan kerajaan.

Astro juga ada iklan dalam siarannya. Sepatutnya jika stesen TV berbayar atau Pay Per View, PPV, tak boleh ada iklan berjela jela seperti PPV popular Amerika kelolaan WWE atau World Wrestling Entertainment. Perhatikan jika PPV, tiada iklan langsung, sebaliknya yang dipertontonkan ialah Gusti 100% dari mula hingga akhir siaran.

Itu barulah Professional, bukannya macam Astro.

Selepas sekian lama stesen TV lain berduka, pada 18 April 2012, Menteri Komunikasi, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim memberi khabar gembira kepada stesen TV lain apabila mengumumkan tiada lagi stesen TV yang boleh memonopoli hak penyiaran kejohanan sukan terbesar dan berprestij dunia spt Olimpik, Piala Dunia dan Temasya Lain. Umum tahu bukan rahsia Astro tamak dalam hal ini.

Menurut Rais lagi, arahan baru itu berkuat kuasa 1 Mei 2012. Kotooo Astro. Inilah yang kita mahukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs