Tuesday, June 26, 2012

Rafflesia 10 kelopak, yang pertama seumpamanya di dunia, ditemui di hutan Royal Belum, Perak, Malaysia


Inilah Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia. Uniknya bunga Rafflesia di hutan Belum, Perak ini mempunyai 10 kelopak - yang pertama seumpamanya di dunia.

Oleh kerana keajaibannya, Rafflesia unik ini akan diawet untuk tatapan generasi akan datang.

Lazimnya, Bunga Rafflesia hanya mempunyai lima kelopak, tapi dalam kes ini 10 kelopak!!

Spesies hibrid betina Rafflesia ini ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak pada 23 Jun 2012.

Tumbuhan parasit tersebut ditemui seorang pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian menyelia kawasan berkenaan.

Pengurus Perbadanan Taman Negeri, Iylia Ainuddin berkata, penemuan bunga itu yang dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies R. azlanii dan R. cantleyi telah disahkan sebagai yang pertama di dunia.

Syabas Perak, Syabas Rafflesia....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs