Thursday, August 23, 2012

Gambar bogel Putera Harry, memeningkan kepala Istana Buckingham






Gambar bogel pewaris tahkta Britain, Putera Harry yang tersebar luas di Internet, memeningkan kepala Istana Buckingham dek telatah nakal anak Putera Charles dan mendiang Puteri Diana itu.

2 Gambar bogel Putera Harry mula mula disebarkan blog hiburan popular Amerika Syarikat TMZ.com yang menunjukkan Putera itu tanpa seurat benang bersama seorang wanita di sebuah bilik hotel di las Vegas, Amerika Syarikat.

Harry dikatakan berbogel ketika bermain strip pool iaitu siapa yang kalah main pool serupa main snooker dan billiard, maka dia kena tanggalkan pakaiannya satu persatu hingga telanjang bulat.

Istana Buckingham mengesahkan 2 gambar itu adalah Putera Harry.

Saya tak perlu lah tunjuk gambar itu kerana menghormati privacy keluarga di Raja dan kerana ini adalah hak peribadinya, namun ribuan laman web dan blog ada menunjukkan gambar itu.

Teladannya, jika anda berbogel dan rakan anda mempunyai kamera phone, besar kemungkinan gambar anda akan disebarkan oleh pihak tidak bertanggung jawab seperti dalam banyak kes yang pernah berlaku melibatkan selebriti di seluroh dunia.

Renung renungkan....

Untuk rekod, Putera Harry yang lahir pada 1984, kini berusia 27 tahun adalah pewaris tahkta Britain, ketiga dalam senarai selepas ayahnya Putera Charles dan abangnya Putera William.

Dan ini bukan kali pertama beliau menimbulkan kontroversi.



Pada 2005, dia menimbulkan kemarahan seluruh dunia ketika digambar memakai pakaian Nazi ketika menghadiri majlis harijadi seorang rakan dengan tema pakaian beragam!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs