ends
Sebuah feri penumpang dan kenderaan yang beroperasi dari Labuan ke Menumbok di tanah besar Sabah, terbakar 6 pagi tadi, Selasa 2 Oktober 2012.
Bagaimanapun, tiada yang tercedera dan tiada kenderaan rosak kerana ketika kejadian, feri Wawasan Perdana milik Labuan Ferry Corporation, LFC itu belum memuatkan penumpang dan kenderaan di terminal feri Labuan.
Menurut ketua pegawai eksekutif LFC, Shamsul Shahari kebakaran bermula di dek penumpang.
Ekoran kejadian itu, operasi feri LFC kini menggunakan sebuah lagi feri dikenali Warisan Perdana yang melakukan empat perjalanan sehari, mulai esok, Rabu 3 oktober 2012/
Sementara itu, pengawai operasi bomba Labuan, Irwan Hussin berkata bomba menerima panggilan kecemasan pukul 6.12 pagi.
31 pegawai dan anggota bomba diketuai komander operasi, Ismaidi Ismail bersama empat jentera tiba di tempat kejadian, 3 minit kemudian.
kebakaran berjaya dikawal pukul 7.02 minit pagi manakala kebakaran dipadam sepenuhnya 7.35 minit pagi.
Punca sebenar kebakaran masih disiasat.
Kejadian berlaku kurang seminggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan tambang feri kenderaan dan penumpang dari Sabah ke Labuan, dikurangkan 50% bagi meringankan beban pengguna.
“Kita Ni Muda Lagi, RM1 Atau RM2 Pun Terima” – Cik B Sedih Tak Dapat Duit
Raya, Nak Rasa Kemeriahan Aidilfitri
-
Baru-baru ini, anak perempuan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B
meluahkan rasa kecewa kerana tiada mana-mana saudara atau kenalan
memberinya ...
1 hour ago
No comments:
Post a Comment