Tuesday, February 5, 2013

Perogol Bersiri Rambo Bentong, diyakini bukan orang Sabah, dipenjara 115 tahun dan 50 sebatan



Ini barulah, memalukan orang Sabah, khususnya orang Tambunan.

Perogol bersiri Rambo Bentong atau Rabidin Satir dari Tambunan, Sabah dipenjara 115 tahun dan sebat 50 kali oleh Mahkamah Sesyen Raub, Pahang pada Selasa 5 Februari 2013 atas 4 kesalahan rogol. Dia mendapat jolokan Rambo kerana bersenjatakan pisau Rambo untuk menyerang mangsa. Jika saya hakim, saya hukum penjara 1,150 tahun dan sebat 5,000 kali atau penjara 3 bulan sahaja tanpa makan dan minum. Ini kerana Rambo bentong amat ganas dan dilaporkan pernah memrogol dan membunuh mangsanya.

Seperkara lagi, berdasarkan wajahnya dan namanya, dan kebiadapannya, Rambo Bentong pada mulanya diyaini bukan orang Sabah. Mykadnya mungkin diperolehi dengan cara meragukan sebagaimana banyak kita dengar mengenainya di Sabah, atau projek IC. Bikin malu orang Sabah saja.. Namun semakan dengan penduduk Tambunan mendapati dia memang menetap di Kg Libang, Tambunan dan melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia.

Apabila balik ke kampung, Rambo Gila ini sering mencuri dan mendatangkan masalah. Dan ketika di Pahang, dia sewenang wenangnya merogol gadis sesuka hati termasuk kanak kanak. Malahan ada gadis berusia 17 tahun yang dirogolnya yang dibunuhnya. Tragis sungguh. Sia sia sahaja penjara dia 115 tahun di penjara, sebab kita perlu beri makan, minum selama 115 tahun dan ini hanya membebankan pembayar cukai.

Apa kata kita humban saja dia ke ladang Buaya Tuaran yang mempunyai 1,000 buaya... habis cerita.. iktibar kepada penjenayah tegar lain.. God Bless Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs