Friday, June 14, 2013

S. Shamsuddin dalam kenangan


Siapa tidak kenal seniman S. Shamsuddin yang sering menggelikan hati kita menerusi filem lakonannya termasuk yang paling hebat bersama Allahyarham Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee dan Aziz Sattar iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan banyak lagi.




Antara babak paling lucu dilakonkan Allahyarham S. Shamsuddin dalam filem Nujum Pa Belalang, babak kira duit bersama Aziz Sattar. Hehehe memang lawak habis. Maharaja Lawak pun tidak boleh lawan!!

Namun Pak Sudin meninggalkan kita buat selama lamanya pada kira kira 10.56 pagi, 4 Jun 2013 di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.

Pelakon komedi era P.Ramlee ini meninggalkan legasi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus serta banyak lagi.

Antara menziarahi bagi memberikan penghormatan terakhir ialah barisan pengiat seni Malaysia serta pengerusi FINAS, Datuk Affendi Hamdan yang juga sahabat saya di Singapura.

Saya bertuah kerana pernah berinteraksi secara langsung dengan pak Sudin pada awal 1990an dijemput membuat show di Hyatt Hotel, Kota Kinabalu bersama Allahyarham Ahmad Daud, Normadiah dan juga Datuk Aziz Sattar.

Moga roh Allahyarham S. Shamsuddin dirahmati dan marilah kita memberikan doa dan Al-Fatihah. Amin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs