Wednesday, June 19, 2013

Video menara penahan kilat jatuh dari bangunan UMNO Pulau Pinang



Inilah video menggemparkan di saat menara penahan kilat jatuh dari atas bangunan UMNO Pulau Pinang ketika ribut yang mengorbankan 2 orang iaitu Lim Chin Aik, 44 tahun yang memandu Honda City dan mayatnya tidak ditemui sehingga sekarang meskipun gerakan mencari dilakukan dan Jahir Sulaiman, 46 tahun, seorang kelindan lori warga India.

Rest in peace..



Sementara itu seorang arkitek dari Singapura, Clifford Tan berkata kekuatan tenaga yang menghempap Lim dan keretanya ialah 1.143 juta Newton bersamaan 7 bas melanggar lelaki malang itu sekaligus pada kelajuan 133 km sejam.

Pengiraan itu mengambil kira berat menara yang tumbang kira kira 110 tan dan ketinggiannya.

Kasihan. Moga roh mangsa bersemadi dengan aman dan tenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs